Isu ini telah ditimbulkan oleh Persatuan Pengguna beberapa ketika dulu termasuk media massa. Tiba-tiba isu ini kembali hangat apabila penganugerahan khas dibuat tanpa seliaan dan kemudiannya bukan sahaja melibatkan kes tipu, perdaya tetapi juga penggunaan tidak wajar.
Akta baru ini menggariskan beberapa peraturan yang akan menjadi dasar kepada anugerah khas membawa gelaran kepada mana-mana individu. Antara tekanan dan kesalahannya;
Larangan penggunaan gelaran/anugerah oleh Yang Dipertuan Agong;
O Menerima anugerah membawa gelaran dengan kebenaran Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Kerajaan negara lain yang diiktiraf oleh Yang Dipertuan Agong;
O Penggunaan gelaran palsu dan/atau tidak diktiraf atau palsu;
O Suapan ke arah mendapatkan anugerah bergelar;
O Senarai Ketua Negara yang diiktiraf
Denda dan penjara adalah tidak tinggi dan tidak menjadi alternatif mengekang apabila dilihat peruntukan Kanun Keseksaan bagi kesalahan tipu, perdaya, pecah amanah dan lain-lain lebih tinggi hukumannya dan menjadi alternatif terbaik dalam pertuduhan.
Pihak Kerajaan Negeri masih mempunyai bidangkuasa untuk meletakkan garis panduan tersendiri untuk menganugerahkan gelaran kepada mana-mana individu yang difikirkan layak.
Apabila isu ini dibangkitkan secara meluas di media sejak banyak individu bergelar ditangkap dalam operasi jenayah terancang, kita tidak boleh salahkan mana-mana kerajaan yang menganugerahkannya selagi mana ia adalah menjadi hak dan budibicara kerajaan tersebut kerana jika dilihat ratio, ia masih kes terpencil.
Perlu diingatkan juga bahawa penganugerahan adalah berdasarkan kaedah budibicara samada terus atau melalui cadangan organisasi/jabatan. Dengan jasa dan jawatan tertentu, tidak salah satu-satu kerajaan menganugerahkannya anugerah bergelaran bagi imbuhan kepada jasa dan jawatannya.\
Sekiranya kemudian individu tersebut ditangkap atas kes jenayah atau apa jua isu, anugerah tidak patut dipersalahkan. Mungkin satu tapisan dan limitasi yang lebih baik perlu ada, tetapi hak dan budibicara kerajaan patut dikekalkan dan tidak dipandang serong atas kes-kes terpencil tersebut.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Hisham Nazir & Cronies
Sg Petani & Subang Jaya
www.hishamnazir.com | net
+6013-9307961 | +6011-38537961
Sg Petani & Subang Jaya
www.hishamnazir.com | net
+6013-9307961 | +6011-38537961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..