Thursday, February 4, 2016

WEBSITE & BLOG UNTUK BADAN KEBAJIKAN



Saya masih buat kerja ini secara percuma.
Dan kalau anda penaja atau terlibat aktif dalam badan kebajikan
Anda boleh hubungi saya kalau nak khidmat percuma ini
Anggap sahaja derma ikhlas saya sudut tenaga, masa dan kreativiti saya.


APA TAPAK HOSTING?
Saya biasa gunakan blogger.com sahaja.
Saya boleh menggunakan mana-mana tapak hosting percuma tetapi saya lebih suka blogger bagi memudahkan urusan dan menyegerakan kerja saya.
Jika tapak hosting berbayar dikehendaki, mungkin akan ambil masa sedikit (atau lebih lama) dengan kos semua yang dikehendaki oleh pihak syarikat di bayar melalui saya bagi mengelakkan masalah yang banyak antara saya dan pihak syarikat penyedia.

BOLEH GUNAKAN DOMAIN SENDIRI?
Digalakkan membeli domain bagi menambah tarikan kepada web anda. Domain yang dibeli pun kena melalui saya. Standard domain saya ambil dalam RM40-60 sahaja. Itupun kalau Ringgit tak berubah.
Domain yang telah dibeli dan sedia ada boleh digunakan tetapi proses pindahan atau sambungan perlu dibuat sendiri atau suruh saja syarikat tempat domain dibeli setkan.
TEMPLATE & THEME?
Saya pilih yang percuma sesuai dengan kehendak pertubuhan kebajikan anda. Jika inginkan template tertentu dan berbayar. Boleh berikan file template kepada saya atau bayar melalui saya. Ingat, semua transaksi melalui dollar.

APA SAYA PERLUKAN?
Jenis web/blog yang dikehendaki (Boleh bagi contoh url contoh kalau ada)
Nama pertubuhan kebajikan. i.e: anak yatim, tahfiz dsb
Email khas Gmail.com
Nama Domain diperlukan
Kandungan web yang ditaip
Gambar bersama tajuk
Nota: Gambar adalah hiasan. Tiada kredit khas kepada saya di web anda. Ini mengelakkan "banjir"

Lebih up to date di Facebook - Hisham Nazir

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►