PEGUAM SAMAN KLIEN & SEBALIKNYA
Berbelasan tahun praktis, perkara saman menyaman klien cuba peguam elakkan. Tetapi ramai peguam terpaksa dan tiada pilihan apabila banyak salahfaham berlaku dan klien melampau batas terhadap kami. Maka kami saman!
Selain itu ada juga isu yuran guaman yang tidak dibayar. Kerja mahu melangit, fee guaman disebut, diri hilang entah ke mana. Perkara biasa la tu.
Ada juga klien naik tocang. Walaupun bidang perundangan adalah bidang kami cari makan, masih ramai antara kami membuat sedikit kebajikan dengan membuat kes dengan pro bono (percuma) mahupun dengan fee yang minima atau luar biasa murahnya. Niat kami hendak membantu tetapi lain jadinya. Bak kata pepatah, bagai melepaskan anjing tersepit. Kami saman!
Manakala jika ada isu kecuaian dalam kerja kepeguaman, Klien boleh menyaman peguamnya. Setiap peguam dilindungi insuran yang memastikan jika benar ada kecuaian sudut kerja peguam, gantirugi akan dipastikan dibayar oleh insuran. Perlindungan minima peguam adalah RM250,000.00. Ini menunjukkan peguam bukanlah semua kaya dan masih memerlukan jaminan insuran.
Jika ada isu pecah amanah atau salahguna melibatkan wang klien, Klien boleh saman atau laporkan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam bagi isu sebegini.
Tetapi ingat satu perkara bahawa setiap peguam ada nama baik dan reputasi. Pastikan anda nak laporkan atau saman peguam, anda mempunyai fakta yang betul dan tepat. Jika ia hanya emosi dan dendam berlebihan, baik jangan cari gaduh. Klien mungkin tergadai harta dibuatnya..
Lebih up to date di Facebook - Hisham Nazir
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..