Wednesday, January 27, 2016

MAHU KETEPIKAN MUKHRIZ SEBAGAI MENTERI BESAR?

MAHU KETEPIKAN MUKHRIZ SEBAGAI MENTERI BESAR?
Saya bukan pro-Mukhriz ataupun orang UMNO.

Cuma sekadar nak berkongsi perundangan mengenai isu perundangan penukaran pentadbiran utama sesebuah negeri dalam bahasa mudah.
Isu ini telah banyak kali bermain di negara kita dalam masa singkat ini. Baik di Selangor dan Perak sebelum ini. Malah suatu ketika pernah berlaku sama di antara sama parti politik di Selangor yang membawa pelbagai krisis dan isu kemudiannya.
Selain Perlembagaan Negara, setiap negeri juga ada perlembagaannya atau undang-undang tubuh mereka tersendiri. Ini antara perundangan asas yang perlu dirujuk di dalam proses menukar pentadbir atau melantik mereka mentadbir negeri.
Tindakan melontarkan undi tidak percaya adalah satu tindakan yang betul dan tanpa undi percaya, Menteri Besar patut diturunkan dan digantikan dengan Menteri Besar yang baru yang mana mendapat mandat dan kepercayaan ahli dewan negeri.
Siapa boleh menyuarakan pandangan ketidakpercayaan ini?
Hanya ahli dewan undangan negeri. Jadi siapa rasa dia anak kedah dan ahli politik, tolong ke tepi. Malah siapa ahli dewan parlimen juga sila dok tepi.
Rakyat selaku pemilih wakil rakyat boleh menyuarakan pandangan mereka tetapi yang memilih dan mengundi serta menentukan masa depan Pentadbir negeri adalah wakil rakyat mereka. Jadi jangan dok gundah gulana, anda dah pilih wakil rakyat anda, maka sokonglah undi dan tindakan mereka tanpa ragu-ragu. Kalau anda rasa wakil rakyat yang dipilih ternyata bodoh dan bersikap peribadi, maka jangan pula kita jadi bodoh dan buat kerja bodoh untuk membantah dan undilah individu lain di pilihanraya kelak.
Sultan juga memainkan peranannya dalam menentukan pilihan pentadbir baru sebagaimana berlaku di Perak. Tetapi pucuk pangkalnya, balik kepada asas pemilihan bahawa pihak parti yang memegang majoriti keahlian dewan boleh memilih Menteri Besarnya.

Akhirnya Kedah dapat Menteri Besar baru hujung bulan. Suka lah depa seluruh rakyat jelata!
‪#‎savekedah‬

Lebih up to date di Facebook - Hisham Nazir

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►