Friday, January 15, 2016

BICARA RAYUAN

BICARA RAYUAN
Terserempak seorang lelaki di tangga besar luar Mahkamah Rayuan. Katanya nak hadir bicara rayuan rakannya bagi satu kes jenayah. Saya bertanya, tak masuk tengok rayuan berkenaan?. Dia jawab;
"Masa di Mahkamah Tinggi dulu pun lama. Rilek lah dulu.. kejap lagi masuk."
Dalam hati aku, sikit nak gelak. Tapi kekadang kasihan atas fakta masih ramai orang awam menyangkakan sistem bicara dan rayuan sedemikian.
Sekali lagi suka saya tekankan bahawa masa bicara di Mahkamah asal akan melalui bicara panjang dengan saksi-saksi dan hujahan.
Manakala bicara rayuan hanya melibatkan dua pihak peguambela dan pendakwaan dan rujukan hanya melibatkan kepada Rekod Rayuan yang mengandungi kesemua intipati keterangan dan dokumentasi semasa di Mahkamah asal yang menjalankan bicara.
"Abang, sini mahkamah akan bagi keputusan dalam masa 2 minit"
Cepat-cepat dia berlari ke dalam bangunan dan buang baki rokok yang masih ada di tangan.
Aduhai..
LAGI UPDATE TERKINI DI FACEBOOK UICHI GABAN

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►