Monday, August 3, 2015

MINYAK OH PETROL

MINYAK OH PETROL
Petrol semua jenama
Sekarang naik harga
Mereka kata takperlu bagitahu kita
Cakap sama tokey pam cukup la


Petrol naik harga
Mereka kata sikit saja
Mereka bodek ke atau bangap berjela
Dulu punya harga nak letak mana

Minyak kami ingatkan kita ada
Buku teks pun kata benda yang sama
Mereka kata harga tetap kena ikut dunia
Tapi stail ikut tang naik sahaja

Yang harga turun ada ke follow sama
Mereka kata minyak murah kat Malaysia
Yang kurang hanya subsidi sahaja
Tang mana kurangnya

Tang kemana subsidinya
Kami dok tertanya-tanya juga
Kami tengok rakyat miskin tak juga berkurang jumlahnya

Petrol naik harga
Bila barang naik harga
Dikata peniaga ambil kesempatan pula
Mereka takde pakar niaga ke
Patutlah banyak benda tak menjadi semua

Kata cikgu hamba
"Bila barang (anu) naik, kain pun naik sama"
Takkan logik macam tu pun nak kena ajar semua

Rakyat juga yang merana
Kena catu dan kurang guna
Itu ini mesti akan naik lagi harganya

Petrol naik sikit sahaja
Kata mereka dok bodek ketua
Macam lah kereta kami pakai seliter
Sekali tuang, mahu tak terasa
Tapi semua kereta mereka dibayar negara

Pendek cerita
Ada syurga ada neraka
Esok nak menjawab kena sedia
Pemimpin, kaki sebelah dah pijak neraka
Jarang kalau pijak sebelah tak jatuh sana

Pakat jaga-jaga
Anak bini sedara mara
Jangan dok penaya sesiapa
Buat baik dalam apa jua benda
Supaya orang suka di dunia

Di akhirat pun mudah berkira-kira
Hamba cuma berpesan kepada semua
Sikit-sikit pun hamba terasa juga
Sebab semua pemimpin atas dunia
Elakkan rasa benci Allah pada kita
InsyaAllah itu sebenarnya AMAN & SEJAHTERA

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►