Monday, July 27, 2015

KES DADAH - LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS

KES DADAH - LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS

Polis diberikan kuasa di bawah akta ini untuk menahan saspek yang aktif kegiatan dadah. Penahanan boleh dibuat tanpa bicara dan reman selama 60 hari.

Penahanan melalui 3 peringkat pegawai sehingga Kementerian Dalam Negeri, sehingga keputusan penahanan dikeluarkan oleh KDN.

Semasa penahanan, Pegawai Penyiasat adalah lantikan KDN mesti melaporkan siasatan semasa melalui lisan, dokumentasi dan hasil siasatan bagi rujukan KDN.

Apabila serahan akhir dibuat kepada KDN, satu keputusan kepada tahanan akan dibuat samada ditahan selama minim 2 tahun dimana-mana pusat tahanan yang diselia KDN atau boleh juga dibuat arahan sekatan ditempat-tempat tertentu.

Biasanya peguambela.memulakan tugasannya sebelum 60 hari tamat bagi mendapatkan kebebasan atau sekatan kawasan untuk klien. Ini boleh dibuat melalui perbincangan dan surat representasi awal untuk pertimbangan KDN.

Jika arahan tahanan tanpa bicara selama 2 tahun diberikan oleh Menteri, peluang masih ada dengan ajukan representasi kepada Lembaga Penasihat dan KDN bagi mengurangkan masa tahanan atau menukar method tahanan. Penilaian boleh dibuat dalam mana-mana masa yang difikirkan perlu dan wajib untuk pertimbangan semula 12 bulan.

Ini tidak termasuk tindakan pemfailan Herbeas Corpus di Mahkamah Tinggi bidangkuasa di kawasan penahanan. Penilaian peguambela kepada kes amat perlu samada peluang penahanan tidak sah wujud atau tidak.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►