Friday, June 12, 2015

ORANG KAYA TIDAK SEMESTINYA SENANG

ORANG KAYA TIDAK SEMESTINYA SENANG
Kata jiran sarapan saya yang berbangsa cina
"Pakai ini macam, kerja bagus. Kaya!"
Saya pakai hitam putih lengkap kemas.
"Tapi kalau kaya, hati tak senang. Masa takde, tadak guna juga. Hidup sekali saja kalau cari duit banyak, mati org lain jadi kaya" kata dia lagi.
"Kita cari wang banyak-banyak, bagi orang. Buat masa banyak-banyak, khidmat untuk orang. Mati muda pun, orang akan bercerita seratus tahun" jawab saya.
Banyak kami sembangkan
Cuma kaya tidak semestinya senang
Ingatkan kaya, hutang akan berkurang.
Tidak, kehendak dan keperluan akan bertambah
Ingatkan kaya, masa akan lapang
Tidak, dunia akan menekan
Ingatkan kaya, hati akan tenang
Tidak, banyak pula masalah nak difikirkan
Sikap memberi akan membuat kita lapang
Beri kelebihan belanja dan masa
InsyaAllah..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►