Samseng, tunjuk kuat, bengis, cengil, gedebe, meto, keras kepala, pembuli. Apa sahaja nama kepada sikap sedemikian samada bersifat peribadi atau sememangnya hadir kerana ada geng atau keahlian gangsterism, adakah berbaloi?
Ada samseng atau orang kuat yang menjadi rujukan, di minta tolong orang atau digeruni sesiapa tetapi bila tua bagaimana mereka. Apabila tulang sudah mula reput dan badan dimakan usia. Penyakit mula tunjukkan belang.
Ada samseng sungguh-sungguh bila berduit dan ditakuti orang. Tapi adakah sejarah tunjukkan mereka kekal?
Ramai ditembak polis. Dibunuh lawan samseng. Dipukul campak oleh pendendam. Berapa ramai merana sakit sampai mati.
Ada samseng berduit. Peras ugut sana sini. Jenayah, kerja kotor, ditaja orang dan macam-macam lagi. Tapi pernah mereka senang, lapang, mewah, tenang dan cukup?
Tidak ada.
Nak cerita, panjang.
Kita semua tahu
Fikirkan apa yang baik
Bekal dalam kubur dan akhirat
Sana tiada geng..
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..