Thursday, June 4, 2015

BAGAIMANA MENGURANGKAN RUGI (1)


Saya dari kampung. Membesar dengan setiap proses padi, kebun buah mahupun ayam itik lembu. Maka apa yang saya belajar dari kehidupan adalah asas perniagaan dalam hidup yang mana menerangkan ringkas apa itu permintaan dan penawaran mahupun sasaran produk.

Asas Islam diterapkan dalam kehidupan muamalat di kampung zaman saya kecil. Prinsip pertama yang ditekankan oleh Arwah Nenek dan Datuk yang kemudiannya saya lihat di amal penuh anak lelakinya, iaitu bapa saya ialah JANGAN BERHUTANG.

Sekiranya ada duit, maka kita boleh fikirkan bagaimana ingin berbelanja dan jika tiada wang mencukupi, jangan memasang cita-cita pada suatu benda tanpa melalui tunai. Tetapi sekiranya kita ada duit setelah menyimpan, jarang ingin digunakan bagi kehendak segera atas kesulitan mendapatkan wang dan kita mula memikirkan keperluan di masa depan. Hebat hikmahnya menggunakan tunai dan jauhi berhutang.

Prinsip kedua ialah AMANAH. Jangan terlalu boros kepada harta sebaliknya kena amanah kepada tugasan melibatkan kerja dan wang. KIta juga perlu amanah kepada wang sendiri kerana di dalam harta itu ada hak isteri, anak-anak, keluarga, mereka di bawah walian kita, anak yatim, orang miskin, infrastruktur muslim dan sebagainya.

Bila amanah, tiadalah sikap berbohong dalam berniaga. Tiada lagi tipu daya dalam mengambil untung jahat oleh peniaga atau pentadbirnya.

Kita sambung lagi nanti..Ada tetamu

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►