Friday, March 20, 2015

UTUSAN TAKZIAH PUSAKAGAYONG.COM BUAT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUAN GURU DATO BENTARA NIK ABDUL AZIZ BIN HAJI NIK MAT
Pihak Persekutuan mengambil peluang dan ruang ini untuk mengucapkan salamtakziah buat semua ahli keluarga Tuan Guru atas pemergian beliau pada jam 9.40 malam tadi.
Seluruh ahli Persekutuan bersedih atas berita ini dan merasakan ini satu kehilangan besar kepada persada keilmuan dan politik Islam yang mana tidak terhad kepada Malaysia tetapi seluruh dunia. Dengan ketokohan dan kepimpinan yang disegani di seluruh dunia dan telah menjadikan Tuan Guru antara 50 orang pemimpin yang berpengaruh di dunia sudah pasti kehilangan Tuan Guru ini akan cukup di rasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Seluruh ahli Persekutuan mendoakan agar Arwah Tuan Guru diampuni dosanya oleh Allah dan dirahmati serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.
Arwah Tuan Guru juga merupakan antara ulamak yang memberikan kesan kepada Persekutuan apabila kebanyakan amalan dan perlaksanaan adat dalam Silat Seni Gayong pernah dibincangkan dan diberikan cadangan, pandangan serta pembetulan alternatif kepada isu-isu berkenaan semasa di Kelantan.
Dengan hasil perbincangan dan muzakarah serta pandangan itu dibawa dan diserapkan melalui Silat Seni Gayong semasa di Kelantan dan diteruskan caranya melalui kami di Negeri Selangor seterusnya menjadi panduan kepada Persekutuan ini.
Malah ahli keluarga beliau yang lain turut pernah mesra berbincang soal silat semasa di Kelantan. Malah yang pernah menyuarakan isu-isu sensitif silat pada masa kini ialah anak beliau yang pernah berbincang dan menyatakan sokongan kepada cara dan pergerakan Seni Gayong di bawa oleh Gurulatih Seni Gayong masa itu yang kini gurulatih Persekutuan. Perbincangan dan saranan ini lebih mudah apabila kebanyakan penggerak utama adalah daripada madrasah sama yang berkongsi ilmu dengan Arwah Tuan Guru mahupun keluarga beliau.
Akhir kata, pesan kami kepada semua "Sesungguhnya mati itu suatu peringatan terbaik buat yang hidup"
Wallahu'llam
MOHD HISHAM BIN MOHD NAZIR
13.02.2015, Subang Jaya

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►