Wednesday, March 25, 2015

SATU LAGI KES PERCERAIAN SELESAI



SELESAI KES PERCERAIAN, KURANG STRESS

Dalam banyak-banyak kes guaman, baik saya buat kes bunuh yang makan tahun bicaranya daripada kes cerai yang boleh habis seminggu. Pening dan emosinya tinggi. Kekadang peguam boleh rebah sebab darah tinggi berbanding anakguam yang masih boleh shouting & yelling dalam Mahkamah.

Minggu ini selesai satu lagi kes cerai yang tiada kompromi. Alhamdulillah tuntutan kecil sahaja memandangkan tiada anak perkahwinan dan hanya ada rumah. Tetapi tuntutan isteri membolehkan hak serendah RM250k berpindah milik daripada suami kepadanya. Itu kalau mengambilkira kes perundangan yang menggunakan penghakiman 20% sahaja. Kalau diberikan penghakiman sejumlah 50% daripada apa yang ada. Mahu bulat si suami dibuatnya.

Tetapi dengan masa dan kompromi yang berjaya dibuat oleh peguam-peguam, pihak-pihak setuju untuk menyelesaikan dengan bercerai sahaja dan kesemua tuntutan digugurkan dengan syarat pembayaran gantirugi sebanyak RM12k sahaja. Anakguam dah untung ratusan ribu. Perlu bersyukur.

Jarang peguam nak berkompromi macam ini tetapi atas perbincangan, konsep Islam terbaik. Kalau dah taknak, lepaskan dengan baik. Walaupun bercerai, mungkin hubungan tetap baik dan tidak perlu berdendam.
 — at Hisham Nazir & Co.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►