Friday, March 13, 2015

LATIHAN DALAM KAMAR (CHAMBERING)


LATIHAN DALAM KAMAR

Ramai yang minta kekosongan untuk berlatih mahupun belajar daripada peguam senior sebelum diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Saya sendiri menerima minima 1-2 permohonan sehari.

Latihan Dalam Kamar adalah untuk belajar dan salah satu prosedur untuk diterima masuk dan didaftarai sebagai peguambela dan peguamcara. Yang penting adalah belajar. Manakala prosedur secara automatik akan dipenuhi setelah memenuhi masa yang ditetapkan. Tetapi ramai yang lupa ini dan mereka ingat mereka sudah graduan maka mereka sudah matang. Benar, tetapi untuk bidang lain, manakala bidang profesion perundangan latihan 9 bulan adalah tidak mencukupi dan proses belajar akan tetap berterusan. Jadi peguam kanan pun tidak boleh sombong, begitu juga baru nak mulakan Latihan Dalam Kamar.

Asas elaun adalah tiada. Kata peguam kanan, patutnya Pelatih dalam Kamar membayar 'master' kerana di ajarnya liku-liku perundangan dan memenuhi kehendak perundangan untuk membolehkan Petisyen Kemasukan Sebagai Peguamcara dan Peguamcara dipenuhi.

Atas asas elaun, memberikan elaun dijadikan adat kerana firma guaman turut memberikan kerja yang perlu disiapkan dalam proses pembelajaran. Satu elaun yang adil dipertimbangkan. Tetapi ramai pula yang meminta lebih dan setaraf gaji kerja biasa. 

Itu hak mereka, kami setuju. Jika mereka pentingkan soal kewangan dan elaun, jangan marahkan kami jika pentingkan soal KUALITI. — at Hisham Nazir & Co.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►