Semenjak 2003, setiap rayuan harus disertakan bersama Alasan Penghakiman Mahkamah asalnya. Bagi menerangkan bagaimana keputusan trsebut boleh dibuat. Ini kerana antara fungsi utama Mahkamah (bidangkuasa rayuan) adalah memutuskan samada terdapat khilaf keputusan yang dirayu samada keputusannya atau cara atau arah yang diikuti bagi mencapai keputusan tersebut.
Kemudian Kehakiman Malaysia telah memutuskan bahawa Alasan Penghakiman hanya diperlukan bagi rayuan keputusan Bicara Penuh dan tidak diperlukan bagi rayuan terhadap mana keputusan permohonan interlokutori. Mungkin jumlah yang makin bertambah dan permohonan interlokutori yang berasaskan dokumen dan kertas kausa sahaja.
Kini terdapat pekeliling Kehakiman Malaysia bahawa semua rayuan diperlukan Alasan Penghakiman. Ia mungkin memprejudiskan pihak dari sudut masa dan kos tetapi pada pandangan saya, ia lebih adil dan telus.
Cuma sanggupkah Mahkamah bekerja lebih untuk luangkan masa untuk menyediakan keputusan bertulis. Atau ini akan meningkatkan tekanan dan beban kerja kepada mereka seterusnya akan mwmberikan kesan kepada keadilan dan perjalanan keadilan itu sendiri?
Saya risau..
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..