Alhamdulillah
Selesai satu prosiding perundangan di Kementerian Kesihatan Malaysia
Makan dulu di nasi lemak tanglin
Kali pertama saya tahu disitu rupanya tanglin
Banyak kali lalu dengan keluarga dan jalan shortcut dalam urusan kerja
Duduk sebelah artis
Semua memandangnya
Saya ditepi pun naik rimas
Ramai pulak puteri UMNO berebut nak ambil gambar
Makcik sebelah meja pun teringin
Malas nak kacau artis berborak dengan maknya
Dia guna loghat kelantan yang agak likat
Mungkin dia taknak orang tahu depa tengah bergossip
Pasal kewangan orang, keluarga orang dan nikah cerai orang
Kalau dia tegur saya dan tahu saya orang Kelantan, seganlah..
Apapun, tiada makcik nak ambil gambar dengan saya
"Saya merasa amat.. amat kicik hati.
Ini hati dalam ada sakit
Makcik, hari ni satu Malaysia call saya kata kes saya masuk paper
Saya pun glamer tau!"
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..