Wednesday, November 19, 2014

"Masalah Adalah Return Call Daripada Allah" - SI PEGUAM JENAYAH

MASALAH ADALAH RETURN CALL DARIPADA ALLAH
BAHAWA KITA KUAT, TABAH DAN DEKAT DENGANNYA

Breakfast di hari pertama minggu baru
Bicara lagi
Mudik ke Selatan
Untuk hadam breakfast ini
Semoga Allah permudahkan urusan amanah dunia saya
Untuk bentangkan hujahan seberat 4.2 kilogram

Hidup peguam mana-mana pun
Kami hanya dibebani masalah
Masalah orang untuk diselesaikan

Tetapi percayalah
Apa pun masalah yang kita hadapi
Itu maknanya Allah AMAT sayangkan kita
Takan diberikan masalah dan ujian
Andainya Allah tahu kita tidak kuat
Tidak hebat tawakkal dan usahanya
Tika masalah tiba, Allah hanya ingin bagitahu
Bahawa kita kuat
Usaha kita tidak dangkal
Tawakkal kita bukan sebarangan

Masa masalah digelut kita, kita semakin rapat
Dengan Pencipta kita
Dengan rendah rendah diri kita berserah kepadaNya
Sedari betapa bergantungnya kita kepada Allah

Maka bila masalah datang
Adil untuk kita sebut "Alhamdullilah"
Kerana memilihku sebagai hamba mu yang kuat
Tabah dan bertawakkal
Maka kita sama-sama doakan agar rahmat Allah tidak putus dari tanganNya.

(رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ) [Surat Al-Mumtahana : 5]

"Wahai Tuhan kami, jangan jadikan kami bermasalah (pendirian dan keyakinan yang terpaling) atas apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa-dosa kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau sahaja Yang Maha Berkuasa dan lagi Yang Maha Bijaksana" (tafsir literal saya)



https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►