BEKAS HAKIM SEBAGAI PEGUAM
Ramai yang menyatakan pandangan
Terutama pihak parti kerajaan apabila
Datuk Seri Gopal mewakili DSAI dalam kesnya di Mahkamah Persekutuan.
Antara lain menyatakan Bar Council ibarat meludah kerana tiada tindakan dibuat sedangkan usul BC sendiri menyatakan pendirian agar bekas hakim tidak hadir mewakili anakguam di hadapan hakim bawahan dan mahkamahnya sebelum itu.
Bila isu mudah dipolitikan, semua nampak salah
Usul telah dibuat dan dibentangkan
Tetapi Legal Profesion Act tidak pernah dipinda
Kalau BC telah tetapkan pendirianya, tetapi parlimen tidak pinda perundangan, BC nak bertindak di bawah peruntukan mana.
Rasanya isu ini jelas. Cepat-cepatlah Parlimen pinda sebagaimana usul BC tersebut. Boleh BC buat aduan kepada Majlis Disiplin Peguam-Peguam. — at Hisham Nazir & Co.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..