TIDAKKAH KITA MALU PADA YAKFUR
Kata Yakfur pada Rasullulah SAW
Dalam peperangan besar
"Bahawa Engkau Rasullulah SAW terakhir
Aku pula generasi terakhirku
Izinkan aku temani mu dalam perang"
Dia temani Rasullulah dengan izin
Yakfur diletakkan di bawah seliaan Baginda SAW
Bila tiada sahabah
Tidak ditemui pembantu
Yakfur menjadi pilihan Baginda SAW
"Yakfur, panggilkan Abu Bakar untukKu"
Yakfur akur pada permintaan Baginda
Sayangnya Yakfur pada Rasullulah SAW
Bila Yakfur tahu kewafatan Baginda SAW
Beliau lari sekeliling Madinah
Mengibar-ngibar tali
Sehingga menjerut lehernya
Beliau lemas dan mati
Yakfur tidak sehebat sahabah lain
Namanya tidak se-gah mana
Tetapi pastinya baik dari kita
Pastinya dia penghuni syurga
Dia hanya seekor keldai.
(Ada beberapa haiwan peliharaan Rasullulah yang lebih hebat kisahnya)
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..