SYARAT LESEN PEMAJUAN PERUMAHAN DAN PERMIT IKLAN DAN JUALAN DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1989
SYARAT: PEMATUHAN PENGGUNAAN JADUAL-JADUAL DI BAWAH PERJANJIAN JUAL DAN BELI
__________________________
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. . . . Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 telah mewajibkan pihak pemaju melampirkan pelan-pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam jadual pertama Perjanjian Jual Beli (PJB). Walau bagaimanapun, kebanyakan pihak pemaju tidak mematuhi peraturan ini dan hanya melampirkan pelan skematik atau pelan mudah yang telah disahkan oleh arkitek sebagai pengganti kepada salinan pelan yang diluluskan.
3. Oleh yang demikian, semua pemaju perumahan berlesen adalah dinasihati seperti berikut:
i) Amalan melampirkan pelan skematik yang disahkan oleh Arkitek bersama PJB Jadual G, H, I dan J boleh diteruskan. Walau bagaimanapun satu salinan pelan-pelan yang diluluskan oleh PBT seperti dinyatakan dalam jadual Pertama/Kedua PJB Jadual G, H, I dan J harus dibekalkan kepada pembeli dalam bentuk hard copy (bersaiz A0 atau A1) atau soft copy (pdf) dalam bentuk Cakera Padat atau media elektronik yang lain; dan
ii) Bagi PJB Jadual H dan J, hanya salinan pelan-pelan bangunan daripada item 1 hingga 6 dalam jadual pertama adalah wajib dilampirkan. Manakala pihak pemaju diberi pilihan untuk mengemukakan pelan bangunan untuk item 7 dalam PJB berkenaan.
Selain daripada itu, satu syarat baru permit iklan dan jualan seperti yang dinyatakan di bawah dikenakan kepada pemaju perumahan berlesen:
i) Satu salinan pelan yang diluluskan oleh PBT perlu disertakan bersama PJB sepertimana kehendak Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 dalam bentuk hardcopy dengan bersaiz AO atau A1 atau dalam bentuk soft copy (pdf) dengan menggunakan Cakera Padat atau media elektronik yang lain.
4. Syarat ini berkuatkuasa bermula 15 Ogos 2014
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..