Wednesday, August 6, 2014

Membina Keluarga



Kalau betik kata betik
Takan dia jadi mentimun
Kalau sabit kata sabit
Jangan jadi modal gelamun

Kalau tembikai dipilih warna
Pilih juga berbiji tidak
Jangan sakai memilih teruna
Asal iman jadi kehendak

Kalau purut kata purut
Takkan sama si limau budu
Kalau hati kata diturut
Jangankan iman, syaitan pun kata "its up to you!"

Kalau durian kata durian
Manakan sama si duri aur
Kalau berkenan katakan sayang
Jangan ditinggalkan kelak terliur

Anak sekolah rambutan rendang
Rambutan perak masaknya kuning
Wahai teruna amanah terbeban
Jagalah ia saham terkemudian..

Nota Peguam Jenayah: Kata seorang rakan gambar ini diambil semasa pulang beraya ke Melaka. Uichi doakan agar mereka bahagia dan dimurahkan rezeki kewangan dan anak-anak yang soleh.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►