Saturday, June 7, 2014

Apa Alasan Peguambela Menangguhkan Kes?


Tak dapat Arahan

Teringat kata seorang Hakim Mahkamah Sesyen, "kalau peguam kata tak dapat arahan, maksudnya lebih kepada klien tak bagi kerjasama bayar fee. Peguam pun nak bayar sewa, gaji pekerja, gaji dia lagi, transport gi sana kemari. Nak marah lawyer pun tak boleh juga"

Kata Hakim Mahkamah Sesyen lain pula, "Kalau fee tak bayar, lawyer tak mahu datang. Tak mahu buat kes saya nak kata macamana. Takan nak paksa lawyer. Tapi DPP tetap nak jalankan kes. Awak kena jalan sendiri la kes awak. Lawyer awak pun dah bagi peringatan awal-awal dia nak tarik diri pasal tak bayar fee. Awak pun tak mahu jawab call. tak jumpa kalau dah tak bayar kan?"

Sakit

Kalau peguam sakit, dahulunya Mahkamah tidak minta MC pun kerana atas kepercayaan dan kewibawaan peguam. Tetapi sekarang mungkin ramai juga peguam dok menipu atau auta, maka MC kena bagi Mahkamah. Siap demand MC hospital kerajaan lagi.

Selepas isu di Shah Alam, doktor peribadi saya pun letak di MCnya tulisan "Sijil Cuti Sakit Ini tidak boleh digunakan di Mahkamah"

Tetapi MC yang sama saya bagi Mahkamah. Gelak kecil Majistret yang bertugas. Uichi kata "kalau ia tidak boleh digunakan, saya tiada MC lain."

Pernah Uichi ke hadapan Hakim Mahkamah Tinggi dan kata "Yang Arif, petang ini saya mohon dilapangkan sebab saya sakit gigi"

Perkara yang sama saya hadir ke hadapan Majistret dengan gusi masih berkapas. Penangguhan diberikan.

Belum Siap Kertas Kausa (i.e: Nak menjawab Afidavit)

Ini biasa bagi pihak yang selalu hantar lambat affidavit dan peluang 14 hari dibuka untuk pihak satu lagi. Maka pihak satu lagi pun sahaja kalau nak menangguhkan kes. Tetapi kalau kena Mahkamah yang tegas, dia tanya apa isu nak jawab, kalau tak kena isu tak dapatlah tangguh. Itu bergantung kepada Mahkamah yang membaca kertas kausa atau sebaliknya.


Terdapat kes yang perlu didahulukan

Peguam macam ni patut kena ketuk je. Baling je apa-apa akta ke muka dia. Lain kali pandai-pandai ekjas masa dan hari kes. Ataupun tulis awal-awal untuk pandangan Mahkamah atau kemudahan Mahkamah meluangkan masa atau memberikan ruang kepada kes lain.


OK, kita bicara lain kali pula..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►