gambar hiasan
Kuala Lumpur: Sikap sambil lewa dan tidak mengambil berat tuntutan bank dan mahkamah terhadap suatu perkara membuatkan kebanyakan orang kita diisythiharkan bankrap. Ada yang tidak mengambil langkah sewajarnya atas beranggapan perkara tersebut akan diselesaikan oleh pihak ketiga atau masa akan meluputkannya. Malah ada yang lepas tangan kerana jumlah amaun yang kecil.
Semua itu akan memberikan kejutan baru apabila penghakiman diperolehi dan digunakan untuk membankrapkan seseorang itu. Mereka mula resah apabila menerima Notis Kebankrapan dan seterusnya.
Masa itu baru ingin memcarikan peguamcara untuk membantah kepada permohonan bankrap mahupun kepada penghakiman yang telah bertahun lamanya.
Tidak semua perkara adalah mustahil untuk dibantah, tetapi isu masa juga memainkan peranan atas logik permohonan. Semoga tidak semua kita anggap remeh dimasa kelak.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..