Hebat Ramadhan!
Bulan itu banyak solat berjemaah
Isyak Subuh confirm
Sunat Terawikh sampai ke tengah malam
Sambung Qiam pula
Bulan ini dah kurang
ada yang tidak langsung
mozek surau tukar pun tak perasan
Subuh Isyak kalau dan
Qiam kirim salam
Bulan itu tak sahur pun kuat
Kerja berat bukan alasan
30 hari apa la sangat
Bulan ini, puasa 6 tak terbuat-buat
Tak sahur memang tak larat
Tengok air paip pun semacam
Hebatnya Ramadhan
Agak-agak tahun depan sempat?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..