Wednesday, June 12, 2013

Mahkamah Rayuan Melepaskan Dan Membebaskan Pertuduhan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya

Gambar sekadar penyedap mata

Putrajaya: Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan dan melepaskan seorang pemuda daripada Sungai Petani daripada pertuduhan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Pemuda berkenaan yang dituduh bersama seorang lagi warga negara Indonesia di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada sekitar tahun 2004 telah disabitkan pertuduhan dan dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati. Bagaimanapun, rakannya warganegara Indonesia dibebaskan tanpa dipanggil membela diri semasa di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan yang menangguhkan sessi bagi memutuskan perkara berkenaan telah mencapai sebulat suara kepada keputusan berkenaan.

Hakim Mahkamah Rayuan berpendapat kegagalan pendakwaan di bawah seksyen 399 Kanun Acara Jenayah tidak membolehkan penggunaan seksyen 32 bagi meneruskan perbicaraan.

Perayu menangis apabila Hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan dan dijelaskan melalui jurubahasa Mahkamah. 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►