Thursday, June 13, 2013

India & Melayu Dalam Perbicaraan di Mahkamah


Sambil menunggu kes dipanggil untuk sebutan pertuduhan di Mahkamah Majistret, terdapat satu kes bicara sedang berjalan. Rasanya di bawah seksyen 516 atau 147/148 Kanun keseksaan. Kedua peguambela adalah india. Pegawai Pendakwaraya juga india. Saksi yang disoal kali ini adalah india yang tidak fasih berbahasa Melayu dan inggeris. Maka jurubahasa dipanggil juga india.

Kekadang perkataan yang diambil juubahasa daripada saksi di terjemahkan untuk rekod ditegur oleh pihak Pendakwaan dan Peguambela kerana mereka tahu apa yang dikatakan saksi dalam bahasa india.

Mahkamah pula nampak kekadang terpinga-pinga dan hanya menerima terjemahan akhir daripada jurubahasa kerana Majistretnya Melayu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►