Antara kerja lawyer yang biasa dilihat banyak dilihat menunggu dalam giliran kes. Orang awam melihat peguam mengelek fail tanpa tujuan padahal mereka tidak sedar para peguam tidak tidur semalaman untuk fail berkenaan hanya untuk elakkan apa jua ketirisan dan marah melanda kepada mereka daripada Mahkamah, bos mahupun klien.
Mereka melihat para peguam bersahaja, sedangkan di dalam hati masih tertanya keputusan akan memihak kepada siapa. Apakah permohonan dan hujahan akan dibenarkan.
Mereka melihat remeh dan menyatakan kerja hanya berdasarkan ayaq liuq sahaja. Maka para peguam boleh menyatakan "kalau begitu, kamu pun boleh buat"
Dalam situasi seperti rehat, ramai peguam hilang waktu makan dan sosialnya.
Peguam juga adalah peniaga. Ada mereka mengtuhankan duit. Ada yang sanggup buat apa sahaja untuk duit semata untuk lebih kaya dan luar biasa hidupnya. Biar mereka, cukup sekadar Uichi Gaban tak mati kelaparan dan menanggung hutang.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..