Saturday, September 10, 2011

PETKNODE - Tuan Si Kucing Jangan Ambil Mudah

Dah banyak blog dan pages yang menyalahkan owner Petknode dan memaki hamun mereka. Mereka memang salah dan patut diberikan satu pengajaran agar bukan sahaja lebih menghormati binatang tetapi tidak akan membuat penipuan untuk mengambil keuntungan berlebihan. Seterusnya lebih amanah.

Namun, dalam beberapa sudut lain, pihak pemilik kucing perlu lebih hati-hati dalam memilih tempat untuk boarding agar tidak ditipu dan lebih terjaga keselamatan dan kesihatan kucing mereka.

Dalam masa yang sama, sikap pemilik yang lebih teruja dengan harga terendah membuatkan mereka lebih senang tertipu kepada servis yang ditawarkan oleh PETKNODE.

Dalam ertikata agak kejam, pemilik juga tidak ambil sikap lewa dalam menempatkan kucing-kucing mereka sementara mereka bercuti panjang.

Ini boleh dilihat masih ada pemilik yang tidak berusaha keras mencari dan mengambil kucing mereka. Malah pihak lain pula yang berusaha gigih dalam membantu kucing-kucing berkenaan.

Cuma Uichi Gaban perasan yang beberapa baka mahal yang mencecah ribuan ringgit tidak sangat ditempatkan di sana (tetapi masih ada juga). Mungkin mereka sanggup bayar mahal kerana kos kucing itu sendiri mendatangkan sikap berhati-hati.

Uichi Gaban faham kos memainkan peranan penting lebih-lebih lagi melibatkan kucing yang banyak dan cuti yang agak lama. Boarding akan membebankan. Tetapi Uichi Gaban percaya masih ada banyak pilihan seperti  jiran, rakan dan petshop yang dipercayai, yang masih boleh menjaga kucing-kucing berkenaan.

Kalau bercakap soal kos, Uichi Gaban amat faham kerana atas sebab berkenaan juga, Uichi Gaban bawa balik 5 ekor kucing ke Kelantan baru-baru ini. Memang mencabar perjalanannya dengan keadaan muka bumi  dan kelajuan yang akan memberikan kesan 'buruk' kepada kucing mahupun sebab-sebab sampingan lain.

Nasihat - hati-hati lain kali dalam memilih tempat boarding.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►