Alhamdullilah sempat solat jenazah bersama mereka yang lain pada petang tersebut dan mereka yang hadir cukup ramai dan kereta memenuhi jalan di Pasir Tumboh
Hampir penuh masjid Pondok pasir Tumboh dengan mereka yang solat jenazah dan solat berasing kepada yang lewat dibuat sekali lagi di kubur pondok Pasir Tumboh
Walaupun tidak semua mengiringi jenazah Allahyarham ke kubur tetapi kubur masih agak sesak dengan ramai ustaz-ustaz yang membaca al Quran untuk Allahyarham.
Suasana semasa urusan jenazah di masukkan ke liang lahad
Bahagian tepi kawasan kubur pondok
Urusan hampir selesai dan panggilan untuk solat jenazah kali kedua di perkuburan
Allahyarham sakit agak lama dan meninggalkan setelah Ramadhan sempurna. Begitu ramai yang hadir biarpun Arwah sepi lama kerana sakit. Sebut siapa nama ulamak dan pemimpin termasuk raja hadir untuk solat jenazah Arwah.. Kita bagaimana esok?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..