Demo & Perundangan
Kenapa tidak ditangkap dan banyak tangkapan selepas dan semasa demo yang biasa dibuat selalu kalah dalam tuntutan sivil. Salah kerajaan atau tindakan demo itu adalah betul. Jangan fikir panjang nak belajar nak undang-undang dalam bentuk mendalam tetapi sekadar logik congak yang isu dan tindakan mereka bukan daripada apa dihasilkan daripada otak kosong sebagaimana mereka yang banyak komen dari belakang.
Ambiga & Majlis Peguam Malaysia
Oleh kerana BERSIH 2.0 kali ini diterajui oleh Ambiga yang Uichi Gaban sendiri tidak pasti bagi NGO atau parti mana, maka kecoh atas penggunaan agama hindu dan juga program oleh Majlis Peguam Malaysia semasa diterajuinya dahulu. Yang pelik BERSIH sebelum ini tidak kecoh mengenai terajunya. Kalau diterajui oleh Melayu sekalipun, tidak bising ke pihak yang menyanggah?. Nanti dikatakan Melayu derhaka pula. Tidak pepasal semua kena. Pentingnya polisi mereka dan pandangan mereka dipandu sedemikian.
Kenapa kita enggan berilmiah sikit dalam mendidik rakyat selain menabur isu yang membangkitkan prejudis kepada agama dan kaum. Sekaligus memperlihatkan Islam sebagai bertentang dengan sifat yang dibawa oleh Rasul Allah.
Tidak pepasal Majlis Peguam Malaysia terpalit dengan pelbagai tohmahan disebabkan Ambiga itu peguam. Katanya macam-macam. Tetapi isu peguam awam yang turut menyokong kerajaan dan isu panas suatu ketika dahulu tidak pula memprejudiskan kami, mungkin sebab mereka sebelah kerajaan. Kami yang lawyer ini juga yang kena bila ada orang nak mendapat insentif politik mereka.
Tuntutan BERSIH 2.0
Uichi Gaban rakyat biasa tidak condong dan fanatik kepada mana-mana politik dan kepartian tetapi sebagai rakyat biasa, tuntutan mereka adalah logik dan adil. Kenapa perlu dibantah. Maka berkatalah mereka di kerajaan yang banyak daripada mereka pun berpendidikan tinggi dalam undang-undangan bahawa SPR sentiasa membuka ruang dalam membincangkan isu tuntutan kepada SPR dan demo sebegitu pada 09.07.2011 kelak.
Uichi Gaban terfikir logik yang demo sedemikian memang tidak perlu dan logik peringkat rendah para menteri adalah benar. Cuma isunya bila dilihat kepada tuntutan, semuanya isu lama. Pernah mendapat tempat dan dikondem teruk oleh media massa. Tiada pertimbangan sewajarnya. Rasanya isu dakwat juga bukan sahaja dicadangkan dan dibentangkan kepada SPR tetapi di boo di parlimen. Uichi Gaban tidak nampak mana-mana isu baru tetapi kenapa sehingga kini tiada pertimbangan isu lama ini.
Ibrahim Ali & PERKASA
Kalau ikut pada nama, gerun rasanya. Memang dia cukup digeruni dengan pra-perancangan yang unsangkarablenya sampai ada PERKASA yang tidak pasti mana muncul dan keperluannya kecuali kepada insentif kepada PRU13 kepadanya. Kalau Uichi Gaban tengok logiklah. Kalau setakat nak bantu melayu, baik bubar PEKIDA sebab PEKIDA kata mereka bantu Islam dan Melayu.
Puak BERSIH kata mereka nak berarak secara aman dan tenteram tetapi ada pula kenyataan daripada Ibrahim Ali kata nak tunggu dan pelbagai ancaman seperti 13 Mei 1969. Setahu kita, BERSIH ini semua kaum ada, PERKASA Melayu sahaja. Siapa nak lawan siapa. Ugutan jenayah tiada kena siasatan atau Ibrahim Ali terlalu sibuk sehingga perlu dihantar wakil?
Melayu Menyalak Kepada BERSIH
Kenapa nak menyalak kepada huru hara dan ugutan itu dan ini dengan menggunakan kedudukan anda walhal semua tahu yang NGO anda adalah NGO bukan parti politik dan semua sedar BERSIH adalah semua kaum terlibat dan tetiba kita menjadikan seolah mereka musuh kita.
Kalaulah NGO itu termasuk pertubuhan-pertubuhan melayu dan silat ini berbuat sedemikian kerana menyokong satu pihak mahupun kerana mendapatkan insentif tersirat, rasanya anda bukan NGO lagi. Selaku NGO Uichi Gaban suka bila pandangan terhadap himpunan BERSIH diberikan samada anda setuju atau tidak. Tetapi bila condong ke satu pihak malah mengugut pula, rasanya anda tersasar menjadi contoh pimpinan Islam yang baik.
Kalau ditanya Uichi Gaban, BERSIH suatu tuntutan yang amat baik dan patut dipertimbangkan kerajaan seterusnya mengelakkan demo menjadi tradisi. Kerajaan marahkan demo tetapi secara tersirat memberikan galakan perkara ini terjadi.
Satu perbincangan dan pertimbangan sewajarnya boleh dibuat oleh Kerajaan malah penolakan kepada mana-mana cadangan dengan alasan logik dan bernas dari sudut semasa adalah patut dihormati oleh mana-mana pihak. Tetapi apabila tiada kompromi mengenainya, Uichi Gaban melihat Pembangkang melaksanakan tugas mereka dengan baik dan kerajaan akan mendapat impak negatif di mata rakyat dengan tindakan mereka.
Uichi Gaban tidak melihat tindakan dan kesan BERSIH itu kelak akan memberikan kesan kepada mereka yang sertai BERSIH tetapi apa jua terjadi, rakyat akan membuka mata dan merujuk kembali kepada tuntutan ringkas BERSIH itu, jangan sampai akan ada rakyat akan berkata "kenapa tuntutan sebegini pun sampai nak berdemo, kerajaan tiada respon baik ke?"
Dalam kesempitan isu, Uichi Gaban kecewa orang silat turut mengambil kesempatan. Kalau baju merah dan Berahim Ali itu tidak hairan, sebab mereka ahli politik. Mengharapkan doa agar Malaysia menjadi tempat berteduh semua pihak.
2 komen:
nice post
thanks for the information
Alhamdullilah. Terima kasih. Dibuka untuk komen dan pembetulan
Dah baca sila bagi sepatah kata..