Tuesday, May 24, 2011

Contohi Abu Zar Dalam Mementingkan Islam Tanpa Rasa Takut


Abu Zar Al Ghifari bukan nama besar dalam Tokoh Islam berbanding beberapa tokoh yang lain. Tetapi bila menyebut kezuhudan tindakan sahabat Rasullulah SAW, maka sahabat pertama yang perlu dirujuk boleh dilihat kepada Abu Zar. Kita dipesan bahawa setinggi Uhud harta dibelanjakan, ianya hanya sedikit berbanding apa yang dikorbankan Abu Bakr.

Bagaimana dengan Abu Zar. Bukan isu harta tetapi hati dan tindakannya.

Abu Zar apabila Islam dirinya maka dirinya hanya untuk Allah SWT dan menyatakan keIslaman itu secara terbuka dan tanpa takut. Malah semua tindakan dan kata-katanya turut digeruni kerana kecintaan kepada Allah SWT melebihi dunianya.

Apabila Abu Zar Islam, maka larangan Rasullulah SAW dilanggarnya dengan memberikan tamparan hebat kepada kaum kafir apabila mengumumkan keIslamannya secara terbuka di hadapan pembesar Mekah dan juga kaum Quraisy yang menjadi penentang hebat kepada kebangkitan Islam ajaran Rasullulah SAW pada masa itu. 

Di saat penganut Islam yang sedikit dan tidak berani menonjolkan Islam secara terbuka, Abu Zar membuka mata orang Mekah dengan keIslamannya dengan menyatakan syahadah secara terbuka. Beliau dipukul teruk dan diselamatkan oleh Abbas iaitu bapa saudara Rasullulah SAW. Tetapi kecederaan tidak memberikan kelemahan dan menyatakan sekali lagi di hadapan kaum Quraiy dan perkara yang sama berlaku kepadanya dan telah diselamatkan kali kedua oleh Abbas. Beliau tidak langsung gentar. Malah bertambah kuat keimanannya.

Kezuhudan beliau menakutkan ramai orang apabila lantang dan tanpa berselindung menegur mana-mana sahabat yang dirasainya melebihkan dunia dalam apa jua. Malah dalam menjalani kezuhudan itu, beliau turut ditempatkan di luar kota bagi menjauhkan beliau dengan sahabat yang lain.

Malah kezuhudan yang tinggi itu tidak bersesuaian dengan siasah semasa. Malah pernah dinasihatkan Rasullulah SAW agar tidak mendekati siasah. Tetapi dengan keberanian dan cintai Allah itu, banyak yang boleh dicontohi dalam mengambil ikhtibar bahawa apa jua dugaan kita hadapi, ia hanya amat sedikit. Bersabarlah!


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►