Saturday, April 2, 2011

Mati Harimau Tinggalkan Belang, Anda Tinggalkan Apa?


Baru-baru ini seorang kenalan di Facebook saya meninggal dunia. Kami bukan satu universiti dan beliau masih junior berbanding Uichi Gaban dalam bidang perundangan. Bekerja di Jabatan Kehakiman dan semasa meninggal beliau bertugas di Mahkamah Rayuan Malaysia.

Tetapi senyuman dan sifat membantunya dalam perkenalan singkat buat secara Uichi Gaban secara personal teringatkan beliau bila mendapat berita kematian Arwah daripada rakan-rakan lain. Dalam masa sama teringatkan Arwah Ustaz Asri Rabbani dalam layanannya semasa Uichi Gaban di Bangi dulu.

Kata Ustaz, hidup ini ada 3 bahagian yang akan orang akan mempersoalkan mengenai kita. 

Sebelum kita lahir, orang akan bercakap benda yang baik dalam menunggu masa kehadiran kita ke dunia ini. Banyak pujian dan perkara yang baik didoakan mahupun dikatakan semasa di alam rahim lagi. Pelbagai persediaan dinyatakan.

Selepas kita lahir banyak perkara kita bentukkan sendiri dalam masyarakat. Ada perkara baik dan sebaliknya diperkatakan mengenai kita. Bagaimana kita mencorakkan akhlak dan tindakan kita selaras dengan cara orang melihat kita.

Selepas mati, orang turut bercakap. Alangkah ruginya kalau asar (kesan) yang diperkatakan orang mengenai kita hanya perkara buruk seolah tiada kebaikan pernah dilakukan oleh kita. Ini semua bergantung kepada siapa kita semasa hidup.

Persoalannya, apa yang kita telah lakukan semasa hidup dan apa kesan dan kenangan akan orang perkatakan mengenai kita kini mahupun terkemudian.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►