Tuesday, April 19, 2011

Kita Tidak Pernah Kenal Siapa Kita


Untuk menyebut sifat sebenar seorang individu, jangan terlalu cepat menghakiminya. Mungkin ada rapat tetapi belum tentu anda benar kenalnya. Kerana kita lupa yang kita sendiri tidak pernah kenal siapa kita.

Sifat dan sikap sentiasa berubah berdasarkan aktiviti dan corak hidup semasa. Diadun dengan tekanan kerja dan kehidupan, semuanya mampu berubah dan evolusi secara semulajadi. Ini soal hati dan corak pemikiran yang jelas tiada siapa yang mengerti. Tiada siapa mampu mengagak.

Kita biasa dengar berita bagaimana perkara tidak sangka mampu berlaku. Bukan kita tak mampu mengukur sifat tetapi kita tak mampu untuk memahami evolusi kepada kehidupan mereka bahkan mereka sendiri tidak tahu mengenainya.

Kata arwah moyang Uichi Gaban, "budak ni takpo kalau bab duit. jimat sungguh!. Tak bazzir kok sir"

Disebaliknya mungkin kata kedekut juga kot. Last sekali dia dapat gelaran "HajiMat" Mungkin berjimat lebih baik dan senonoh bunyinya. Tetapi biarpun Uichi Gaban tetap seperti dulu hanya sepasang kasut, selipar dan seluar kerja. Keperluan lain tetap didahulukan dan curahan ongkos bukan menjadi halangan.

Maka difikirkan balik, mungkin itu satu sifat tetapi itu bukan Uichi Gaban.

Abah pernah menjawab pertanyaan, "anak sulong hok ni jerrnih sikit tapi begheng pun kedio. Gerun kalu dia maroh"

Nenek pula katanya "budak mana tak teriok tengok dia"

Ibu pula kata "adik-adik pun takut dan maroh. Tawwar keras denge tengok dinding jah!"

Difikirkan lagi itu mungkin sifat tetapi masih lagi bukan Ucihi Gaban yang tidak penyayang dan jahat sangat.

Banyak benda antara sifat, tindakan dan perubahan serta pengurusan ke arahnya membuatkan kita menghakimi siapa mereka. Siapa kita. Tetapi bila berfikir, kita mula keliru siapa dan kenapa sedemikian.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►