Tuesday, March 15, 2011

Yang Mana Perubatan Islam & Yang Mana Bukan!


Dalam kemodenan ini, perubatan Islam mula mendapat tempat di masyakarat Islam di Malaysia. Bila sebut Islam sahaja semua suka. Cetthiar Islam pun dah mula operasi di selatan tanah air. Bank Islam Berhad pun tergugat dek semua bank kerana semua nak buat perbankan Islam dan produk kewangan Islam sendiri. Malah beberapa bank sanggup meleraikan operasi kewangan mereka kepada konvensional dan Islam bagi menampakkan lagi ke-Islam-an dan keikhlasan mereka. Tetapi Islamkah dia?

Uichi Gaban pun pernah terlibat dalam beberapa guru yang dikatakan atau diwatakkan oleh masyarakat sekitar kita bahawa ini dan itu adalah Perubatan Islam atau rawatan Islam. Maka istilah itu turut digunapakai oleh Uichi Gaban sendiri dalam memperkenalkan mereka selaku perawat Islam dalam erti kata lain mereka yang mengamalkan rawatan Islam.

Apa itu rawatan Islam?

Bila perkataan “Rawatan Islam” ini berkembang, Uichi Gaban pernah suarakan mengenai perkataan tersebut kepada salah seorang guru Uichi Gaban dalam bentuk soalan yang agak biasa tetapi bila difikirkan balik, Uichi Gaban kena minta maaf juga. Mana tidaknya bila Uichi Gaban menyoal “adakah cara perubatan yang diamalkan ini adalah perubatan Islam?”.. Alhamdullilah, selepas soalan tersebut diajukan, Uichi Gaban masih hidup dalam keadaan “sane and sound”.

Namun yang menarik untuk dikongsikan ialah jawapan guru Uichi Gaban. Dia menjawab “Ada wujud ke perubatan Islam?”

Pertama kali Uichi Gaban dengar jawapan tersebut, kawe terkejut juga seolah-olah penafian terhadap bentuk perubatan Islam tetapi selepas diamati jawapan tersebut dan beberapa pesanan daripada beberapa ustaz, sememangnya Uichi Gaban bersetuju dengan jawapan guru Uichi Gaban itu.

Ramai yang mencanangkan bahawa amalan perubatan mereka adalah amalan perubatan Islam mahupun berbentuk rawatan Islam namun bagi Uichi Gaban sememangnya perubatan Islam tidak pernah wujud sama sekali.

Disunnahkan berbekam selaku amalan kesihatan oleh Rasullulah SAW setelah berlakunya peristiwa Isra' Mikhraj. Selain daripada itu, disunnahkan berubat dengan ayat-ayat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan kelebihan, khasiat dan khafiatnya melalui hadis-hadis yang jelas oleh Rasullullah SAW seperti kelebihan al Fatihah selaku ibu penawar segala penyakit kecuali tua dan di dalam hadis lain disebut ibu penawar segala penyakit kecuali mati dan beberapa kelebihan ayat lain.

Selain daripada berbekam dan menggunakan ayat al Quran selaku ikhtiar penyembuhan, Kita juga diajarkan dengan jelas melalui hadis-hadis Junjungan Besar Rasullulah SAW mengenai beberapa doa-doa khas yang digunapakaikan bagi penyakit-penyakit tertentu.

Variasi penyembuhan Rasullullah SAW ditambahkan lagi dengan jampi-jampi yang diajarkan oleh Baginda sebagaimana yang diajarkan Baginda oleh Jibril.

Merujuk kepada dasar perubatan di atas maka adakah logik dan benar jika kita katakan perubatan bahawa yang menggunakan kaedah lain selain di atas maka adalah bukan perubatan Islam?

Bagaimana pula dengan penggunaan herba, peralatan moden dan apa jua perubatan yang hasil daripada kajian yang mendalam?

Bagi Uichi Gaban Perubatan Islam ialah perubatan yang tidak melanggari syariat Islam sebagaimana yang digariskan dalam Islam dengan menggunakan kaedah tertentu selaku ikhtiar dan iktikad penyembuhan terus kepada Allah SWT dengan tidak menggunakan apa jua kaedah yang mengelirukan mahupun mensyirikkan Allah SWT ataupun menggunakan bahan yang haram hukumnya.

Seperti hari ini, kebanyakan pengguna perkataan Rawatan Islam adalah mereka yang bergantungan ke atas penggunaan himpunan ayat-ayat al Quran lazim sebagaimana amalan Rasullullah SAW sahaja (boleh dilihat di dalam himpunan al Manzil, al Mathurat mahupun ayat 33). Manakala terdapat juga beberapa cabang rawatan Islam yang menggunakan herba dan item yang lain secara jelas termasuk amalan ulama' yang lama seperti Darussyifa'.

Pendek kata, apapun cabang ilmu rawatan Islam itu ia adalah berasaskan dua perkara penting: Kaedah yang tidak melanggari syara'; dan Tidak menggunakan bahan atau item yang haram hukumnya.

Maksudnya, Islam itu sendiri tidak pernah menetapkan apa itu rawatan Islam selain menggariskan sejauh mana boleh atau tidak penggunaannya dalam mengubati penyakit. Konklusinya Islam hanya menetapkan garis panduan sahaja dan sebarang yang tidak bersalahan dengan hukum Islam maka kaedah perubatan itu adalah perubatan yang dibenarkan oleh Islam. Ini termasuk kaedah perubatan moden.

Mungkin kita tidak perasan bahawa Islam itu syumul dan mana mungkin agama yang bersikap syumul itu akan menetapkan suatu penetapan yang jelas kecuali garis panduan sahaja.

Ini boleh dilihat dalam pemakaian kita. Islam tidak menghalang apa jua pakaian yang dikenakan kecuali garis panduannya adalah aurat. Maka apa itu aurat dan ciri-cirinya adalah suatu yang jelas. Kecuali penambahan pemakaian lain yang dipahalakan atas sebab sunnah sahaja. Tapi pahala jugak!

Apa pula pandangan anda?



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►