Ada orang kaya denga harta menyebabkan ramai saudara dan rakan yang hebat dan dekat. Tapi bila musibah ekonomi hadir menguji diri, semua saudara dan rakan menyepikan diri.
Bukan nak bertanyakan khabar apa lagi membantu sekadar yang ada. Kekadang siap dapat kutukan lagi. Dulu ini lah kawan dunia dan akhirat. Semua yang dibuat dipuji bagai melangit. Itu ini semuanya harum dan berkualiti. Tetapi sekali musibah datang,hubungan dulu macam mimpi.
Dulu semua mengaku kawan bila berharta mahupun berpangkat. Sekarang bila telefon bukan nak angkat lagi malah siap ada dibekalkan maki.
Semasa mereka susah, kita mungkin bernilai kerana kita mampu membantu. Tetapi bila kita susah, kita mampu menilai mereka-mereka yang bergelar sahabat dan rakan mahupun keluarga.
Oleh itu ada yang melihat masalah dan musibah itu sebagai peluang Allah SWT berikan untuk kita menilai kehidupan kita sendiri dalam hasil sosial yang sedia ada. Siapa kita siapa mereka dan nilainya kita di mata mereka.
Akhir sekali, kita terdampar kecewa bila kebenaran tidak selalunya manis. Tetapi pada masa itu jangan kita lupakan peluang ini diberikan oleh Allah SWT supaya kita jelas mengenai hakikat dunia dan harta. Maka jangan terlalu bangga dengan apa yang ada, kerana itu belum tentu membantu kita kelak.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..