Saturday, March 12, 2011

Bodek Untuk Dapatkan Ilmu Adalah Halal & Harus.


Kalau diceritakan mengenai bodek, memang bodek itu haram. Baik disebut "put butter & jam" atau "jilat". Bodek ini bukan susah nak camkan. Kalau nampak tindakan itu melampau sikit kepada satu individu dalam bentuk tindakan tertentu dan tiada balasan atau transaksi wang atau lebih kepada suatu yang merendahkan diri kepada individu tertentu, maka bodek lah itu. Dalam erti kata lain, orang lain dok buat, kita yang lebih.

Dalam kuliah Ustaz Fathil di Surau Ar Rahmah baru-baru ini turut menyebut sekali lagi mengenai bodek apabila katanya sepakatan ulamak itu adalah haram dalam membodek kecuali bodek dalam untuk mendapatkan ilmu terutama ilmu agama. Tetapi diharuskan bodek kepada guru, ulama, cikgu, rakan dan sebagainya bagi mendapatkan ilmu yang baik dan bermanfaat.

Tetapi dalam keharusan itu, jangan lelebih pula membodek. Bimbang takut yang dibodek akan meluat pula dengan tindakan kita itu. Tidak had di situ bimbang akan timbul fitnah dan kejian di mata pihak ketiga pula. 

Rasanya cukuplah bodek itu dengan tindakan atas dasar menghormati dan membantu sahaja. Jangan pula sampai cium tangan pun tunduk lebih daripada rukuk solat. Siap balik tangan bos dan cium dua belah tangan. Itu rasanya melampau sangat bodek. Dahlah bodek kuasa dan pangkat, dosa pula dapat.

Melalui hadis pun, Rasullulah SAW ada berpesan, "Muliakanlah ulamak kerana ulamak itu pewaris para nabi, memuliakan ulamak seperti memuliakan Nabi dan Allah SWT" (sila rujuk hadis tepat kerana tulisan berdasarkan ingatan spontan sahaja)

Masalahnya; berapa orang yang bodek kerana ilmu dan berapa orang yang bodek atas dasar hukum yang haram. Kita dalam golongan mana?.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►