Selisih dengan kuliah Ustaz Kazim yang menceritakan kembali bagaimana seorang individu boleh memberikan pandangan semata-mata berdasarkan nas tiada penjelasan di dalam Quran maka tiada azab kubur. Walhal perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasullulah SAW dan benarlah apa jua yang dihadiskan oleh Rasullulah SAW.
Perkara dan isu ini turut dimainkan oleh mereka yang memandang remeh pada isu hadis mahupun pegangan kepada hadis Rasullulah SAW atas alasan kepercayaan kepada manusia sedangkan pengumpul hadis bukan calang-calang akhlak dan ilmunya. Kalau Imam Hanbali pernah menyatakan yang menghafal dan mengamalkan lebih 350 ribu hadis mampu membuat pandangan sendiri, maka berapa agaknya amalan hadis kita.
Terfikir juga Uichi Gaban akan akidah dan pegangan serta kepercayaan rukun iman individu yang sanggup dan berani mempertikaikan hadis Rasullulah SAW dan pandangan serta sepakatan ulamak muktabar dalam banyak perkara atas alasan yang dangkal daripada ilmu asas agama yang tiada untuk menafsirkannya.
Uichi Gaban lebih suka apa yang pernah dinyatakan Oleh Ustaz Dahim Jalal di Masjid Bukit Puchong satu ketika. Kalau ditolak tepi mengenai hadis Rasullulah SAW sekalipun dan ketiadaan amaran jelas melalui azab kubur melalui Quran. Tetapi satu peringatan diberikan melalui hadis-hadis. Maka agak-agak kita nak tengok dulu samada azab kubur atau kita nak terus beriman dengan apa yang disabdakan oleh Rasullullah SAW? Kalau tiada, maka pahala mengerjakan untuk mengelakkan azab kubur tetap berpahala. Ini kalau diikut logik akal.
Tapi Islam tidak mengajar kit sekadar logik akal tetapi iman pada suatu perkara diutamakan dan kepercayaan Kepada Rasullulah SAW adalah satu satu teras rukun iman dalam Islam. Tiada apa yang tidak benar hadir daripada mulut Baginda Rasullullah SAW.
Macam-macam orang sekarang. Ini jadi bila si pandir over-acting.
2 komen:
Ulama yg bnyk ubahsuai agama
Ulama yg bnyk ubahsuai agama
Dah baca sila bagi sepatah kata..