Sunday, February 20, 2011

Kenduri Arwah & Tahlil - Adakah Pahala Sampai Kepada Si Mati


Disebut jelas oleh Rasullulah bahawa apabila mati anak adam, maka putus semua amalannya kecuali tida perkara iaitu doa anak yang soleh, harta yang disedekahkan dan ilmu yang diajarkan. 

Dalam Quran juga menyebut bahawa bersedekahlah harta kamu semasa hayat kamu dan apabila mati, maka putus kesemua amalannya dan mereka meminta untuk kembali ke dunia dan berjanji akan beramal soleh (bersedekah). Tetapi semua itu tidak akan berlaku. Kalau tidak silap, ini peringatan dalam Al Quran melalui surah Taubah.

Imam Syafie turut menolak kenduri tahlil kepada si mati dengan tegas atas dasar pandangan beliau dan ulamak mazhab syafie yang menolak bahawa ia boleh dan sampai amalan dan kebaikan daripada penganjurannya kepada si mati.

Tetapi saya tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh Kiyai Mirfan Kasthuri yang menyebut mengenainya perbezaan pendapat dalam isu agama. Sekiranya tahlil arwah dilakukan atas masih ada hutang dan dilakukan dengan wang si mati, patut dielakkan.

Sememangnya amalan ini adalah berterusan daripada dahulu. Untuk memperkecilkan amalan lama para ulama terdahulu walaupun percanggahan wujud dengan ulamak muktabar dan penafsiran terus Quran dan Hadis adalah bukan tahap ilmu kita tetapi masih ada ruang penerimaannya. 

Cuma perlu diingatkan bahawa tahlil arwah bukan satu yang dilaksanakan oleh Islam atau diajar berbuat sedemikian. Maka boleh dilaksanakan tetapi hasilnya TIADA JAMINAN LANGSUNG untuk sampai pahala dan tujuan berbuat sedemikian.

Maka sebagai konklusinya perlu diingatkan bahawa ia satu amalan yang ditolak oleh Mazhab Syafie sendiri dan berdalilkan Quran dan Hadis tetapi ia satu amalan biasa dalam masyarakat yang tiada apa jua salah dengan syariah kecuali isu bidaah. InsyAllah, kalau lekat pada pahala penganjuran makan pun sudah baik. 

Cuma yang BENAR-BENAR ADA JAMINAN, keluarga yang sentiasa mendoakan si mati..



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►