Thursday, July 22, 2010

Kenduri Di Masjid Salah Satu Cara Mengimarahkan Masjid


Selain daripada kekuatan kuliah dan program serta aktiviti masjid dan surau, kekadang ahli jawatankuasa masjid dan surau terlupa bahawa perwatakan dan pembawaan orang masjid (AJK) ini perlu juga dipertimbangkan dalam meningkatkan roh (Uichi Gaban cuba mengelakkan memakai istilah aura, tak umphh bunyinya) masjid.

Bukan sahaja kekuatan kepada aktiviti tetapi kekadang soal hati dalam tertarik ke masjid perlu diambil kira oleh ahli jawatankuasa masjid dalam menggerakkan dakwah terutama membawa orang ke masjid. Kalau sembahyang jumaat yang hanya melibatkan lelaki (orang perempuan Malaysia tidak sembahyang Jumaat) mampu mengumpulkan seramai mungkin sehingga mencecah ke baris-baris akhir lantai masjid. Kenapa tidak pada masa yang lain.

Banyak faktor kenapa kita perlu memakmurkan masjid. Ini Uichi Gaban di Surau Ar Rahmah semalam. Begitu juga dengan faktor bagaimana ingin membawa orang ke masjid seterusnya mengimarahkan masjid dan mengeratkan ukhuwah di antara kejiranan.

Sudah banyak blog Uichi Gaban terokai hari ini mengenai faktor bagaimana nak membawa jemaah ke masjid. Tetapi ramai bercakap soal kekuatan aktiviti dan panel kuliah yang glamour dan sebaliknya. Tetapi Uichi Gaban suka untuk menyatakan faktor individu yang ada di dalam masjid samada ahli jawatankuasa mahupun jong sebuk perlu menyumbangkan ke arah menaikkan roh masjid itu. Disebabkan ketiadaan kesemua ini, kegerunan apatah lagi sifat hormat kepada masjid mahupun ahli masjid tiada lagi. Orang kini semakin berani masuk mencuri di dalam masjid walaupun semasa jemaah sedang sembahyang.

Disebabkan ketiadaan roh dalam masjid Berkata seorang rakan, yang berbangsa cina muslim- "Masa saya do main dalam wat (tokong buddha), patung mas mahal, kecik dan besar, takde orang berani masuk curi. Bila masuk wat, disiplin pun lain. masjid la ni orang tak hormat dah. Roh takdok!"

Itu kawan berbangsa cina cakap, Uichi Gaban  belum cakap. Selain daripada soal roh itu, satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan ialah faktor kenduri dan makan-makan. Faktor ini Uichi Gaban amat suka. Bak kata buaya dalam filem pendek dulu. "Makan???"

Ramai dalam kariah kita ini membuat makan-makan samada tahlil dan bacaan yasin. Itu standard sini, tapi ada juga sembahyang hajat. Di sini ramai kalau ada kenduri kendara, mereka lebih suka diadakan di rumah sedangkan kekadang yang menjemput jarang ke masjid. Kang malu tu!.

Cuba kita fikirkan kalau semua majlis ada makan-makan ini di bawa ke masjid. Ada beberapa kelebihan yang jemaah mahupun kariah serta pentadbiran masjid boleh manfaatkan. Antaranya;

Kehadiran 
Dengan mengadakan majlis tersebut di masjid/surau, kehadiran rakan-rakan serta ahli keluarga akan lebih ramai ke masjid dan memenuhi maghrib atau isyak berjemaah serta semasa kuliah maghrib di masjid atau surau sebelum masjlid tersebut diadakan selepas isyak. Sekali gus memberikan impak baik dalam dakwah secara tidak langsung dalam membawa jemaah ke masjid. Dalam masa yang sama kehadiran jemaah daripada masjid ke majlis tersebut juga agak ramai dan mencapai tujuan kerana sekiranya diadakan di masjid, mungkin ada jemaah malas untuk berjalan atau meluangkan masa ke rumah anda.

Ruang
Di masjid atau surau, tidak usah difikirkan ruang untuk kehadiran mahupun mengehadkan kehadiran kerana rumah sempit atau rumah yang padat dengan sofa mahal. Setiap surau dan masjid biasanya ada kawasan yang biasa dan boleh dibuat kenduri selepas isyak. Yang penting orang dapat hadir ke surau dan menyemarakan ukhuwah melalui masjid.

Gotong-royong
Dengan mengadakan majlis di masjid, penyediaan boleh dibuat oleh pihak Tuan rumah manakala penyediaan akhir di masjid boleh dibantu oleh ahli masjid yang sekali gus bukan sahaja mengeratkan silaturrahim malah menggalakkan gotong royong dan tidak memerlukan tenaga dan kos yang berlebihan. Malah menjimatkan.

Jamuan
Penganjuran majlis atas permintaan ahli kariah seperti sembahyang hajat, bacaan yassin mahupun tahlil biasanya disediakan sedikit jamuan samada ringan mahupun jamuan agak berat bagi yang berkemampuan. Manakala pihak masjid biasanya ada kuliah selepas maghrib. Sekiranya jamuan ini dibuat di masjid, sekali gus ia boleh menjamu jemaah di masjid tersebut dan berzakat ke atas ahli masjid. Selain menggalakkan kehadiran jemaah ke majlis kuliah maghrib atau sembahyang berjemaah, ia boleh menarik minat ke masjid. Sekali gus pihak tuan rumah tidak perlu memikirkan mengenai jemputan.

Bayangkan kalau ada 30 pemintaan daripada ahli kariah dalam sebulan. Maknanya ada 30 jamuan selepas isyak (diandaikan kalau dibuat selepas isyak). Maksud lain selepas kuliah maghrib dan isyak berjemaah, ahli jemaah dijamu dengan kenduri kendara serta sikap gotong royong. Ia juga boleh menjadi tarikan sampingan ke masjid berkenaan.

Katakan masjid yang boleh memuatkan 1000 orang itu hanya dihadiri oleh 15 orang sahaja pada maghrib, semasa kuliah maghrib dan waktu jemaah isyak, maka dengan adanya konsep majlis berpusat ini, kebarangkalian untuk ahli keluarga dan jemputan sekurangnya 20-30 orang akan turut hadir pada waktu maghrib tersebut. Secara tidak langsung, peningkatan jumlah jemaah daripada biasa kepada 200%. atau bertambah secara mendadak.

Kena pula masayarakat Melayu suka budaya ikut mengikut. Maka kebarangkalian apabila jemaah semakin meningkat, maka ramai yang lain akan turut turun ke masjid. 

Ini belum cakap edar flyers suruh datang masjid lagi.. Idea memang banyak, cuma persoalan nak buat ke tidak!

Jadi sebagai kesimpulan, kalau nak buat kenduri doa selamat, sembahyang hajat, bacaan yassin, tahlil mahupun aqiqah dan lain-lain, fikirkan pusat komuniti kita, iaitu rumah Allah SWT. Baik surau atau masjid.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►