PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi kes pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana telah membebaskan dan melepaskan seorang lelaki melayu tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan yang sama.
Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar apabila menolak penerimaan pernyataan Responden selaras seksyen 27 setelah meneliti kesemua keterangan lisan saksi pendakwaan yang mana terdapat beberapa percanggahan bagi saksi SP5 dan SP7.
Namun apa yang lebih penting Mahkamah Rayuan melihat kepada pemeriksaan dan penelitian Mahkamah Tinggi Alor Setar dalam penolakan pernyataan tersebut yang mana banyak alasan dinyatakan dalam menolak pernyataan tersebut. Antara lain pernyataan tersebut dibuat secara bukan kerelaan malah terdapat unsur paksaan dan pujukan. Selain itu ayat dan bahawa yang digunakan juga adalah tidak menunjukkan pernyataan yang dibuat oleh Responden sebaliknya tulisan kembali dengan menggunakan ayat sendiri oleh pihak polis.
Atas beberapa alasan dan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar adalah tidak tersalah arah atau khilaf maka keputusan tersebut dikekalkan.
3 komen:
Congrat & Very Nice Job, Mr lawyer!
cik sham banyak kes bunuh dan dadah ke skrang? letak la contoh submission
Contohnya belum tentu elok dan kemas. Buat malu je.
Dah baca sila bagi sepatah kata..