Rasanya nak menulis panjang, agak panjang isu ini. Sebab ini antara kuliah maghrib yang saya rasa remeh tetapi tak berapa ramai masyarakat kita perasan. Samada nak meletakkan ia di bawah suatu tajuk kecil, remeh mahupun fardu kifayah, suka hati para pembaca. Cuma idea yang disampaikan adalah menarik, maka Uchi Gaban nak berkongsi idea tersebut sebagai tazkirah kepada kebaikan dalam beragama.
Nasib anak yatim selalu kita dengar. Isunya tiada kecuali harta anak yatim, kepada yang tiada berharta, maka kebanyakan mereka ini dijaga oleh pusat kebajikan bagi anak yatim. Tetapi kita lupa terdapat dua golongan yang sering dilupakan oleh masyarakat iaitu golongan mualaf dan ibu tunggal. Siapa yang membantu mereka.
Idea seorang ustaz, "adakah kita masyarakat Malaysia ini hidup berdosa kerana menyisihkan tanggungjawab kepada kedua-dua ini"
Cuba kita fikirkan bahawa Allah SWT menjadikan wanita sebagai tanggungan ke atas orang lelaki yang digelar wali. Selepas berkahwin, maka tanggungan ini dipikul oleh lelaki bergelar suami. Begitu sekali Allah SWT mengangkat darjat kaum wanita ibarat "bos". Tetapi sekiranya mereka ini kehilangan suami, malah dibebankan dengan tanggungan lain termasuk anak-anak hasil perkahwinan. Maka kepada siapa beban ini diletakkan. Bukankah Islam menetapkan agar golongan ini dibantu. Adakah sudah ditetapkan golongan ini berhak menerima zakat dan derma daripada kita sebagai masyarakat.
Tetapi hari ini kita melihat ada nasib ini dipandang sepi tanpa pembelaan. Malah ada berita yang mengatakan pihak agama lain membela nasib mereka. Di mana kita. Apa tanggungjawab kita?
Salah siapa? Cuba kita fikirkan..
Masyarakat
Masyarakat Malaysia meletakkan perceraian dan wanita kehilangan suami sebagai beban dan kesalahan diletakkan kepada pandangan jahat atas pihak isteri semata-mata. Masyarakat melihat secara tidak langsung mahupun secara langsung dalam mencemuh golongan ini sebagai sundal mahupun golongan yang merbahaya. Masyarakat mengenepikan mereka seolah-olah tiada tanggungan untuk ambil tahu atas pelbagai alasan pembelaan harus diberikan kepada anak sahaja.
Maka banyak atas dasar pandangan masyarakat, ibu tunggal rasa putus asa atas sebab tanggungan dan kemiskinan.
Atas banyak sebab ditimbulkan oleh masyarakat, anak-anak terbeban ini dijaga oleh pusat kebajikan dan memisahkan antara keluarga sedangkan kita masih boleh gabungkan mereka.
Badan-Badan
Pihak berkaitan pula dilihat banyak memilih dalam memberikan zakat terutama dalam sudut prosedur yang kekadang tidak terlayan oleh golongan sebegini. Mereka perlu mencari dan dibebankan dengan pelbagai prosedur yang menutup kembali fungsi zakat. Perkara ini sering terjadi bukan sahaja kepada badan zakat tetapi kepada badan-badan agama seperti masjid sekalipun.
Wanita
Para wanita kita mencemuh poligami dalam melaksanakan hukum Allah dan kesimbangan sosial keluarga dan masyarakat sekaligus. Cemuhan ini bukan sekadar kata-kata malah tindakan sehingga kita lupa meletakkan keadaan kita dalam keadaan murtad dengan menafikan hukum dan keharusan poligami tersebut. Semata-matanya kerana kepentingan diri dan ego.
Wanita masyarakat kita sukar menerima golongan sosial kecuali dalam pergaulan kecil sahaja dengan alasan di atas.
Lelaki
Ini satu lagi gejala apabila kaum lelaki masyarakat Malaysia yang diharuskan berpoligami hanya menekankan kepada keseronokan semata-mata tanpa mementingkan sebab keharusannya. Sikap ketidakadilan lelaki masyarakat kita menjadikan marak kemarahan wanita dalam isu poligami lebih jelas. Selain daripada sifat tidak gentleman.
Jangan melihat kepada kehidupan ibunya, cuba lihat kehidupan anak-anak mereka. Satu layanan adil daripada masyarakat akan membesarkan satu anak kecil yang lebih Islamik. Siapa tahu, mereka ini lebih nilai Islamnya daripada anak kita.
Lepas ini nak sambung golongan muaalaf

0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..