Sekadar gambar hiasan
Sebutan yang ditetapkan bagi Sebutan Waran Tangkap terhadap dua orang warga emas daripada Kuala Selangor bagi menunjukkan sebab kenapa gagal hadir ke Mahkamah pada tarikh perbicaraan yang lepas.
Dua warga emas wanita tersebut bagaimanapun menjelaskan salah faham mereka mengenai tarikh pembicaraan yang ditetapkan merujuk kepada rekod kehadiran, itu merupakan kegagalan kali pertama menghadiri Mahkamah semenjak mereka di dakwa di bawah pertuduhan seksyen 379 Kanun Keseksaan pada 2005.
Mahkamah dalam mendengar penjelasan 2 warga emas tersebut dan merujuk kepada hujahan peguambela dan juga minit-minit fail mahkamah sebagaimana yang dihujahkan peguambela, bersetuju membatalkan waran tangkap tersebut dan menetapkan satu tarikh bicara baru kepada kedua-dua warga emas tersebut.
Kes warga emas tersebut telah berlarutan semenjak 2005 dan kedua-duanya tidak pernah gagal hadir ke Mahkamah sehingga tarikh sebelum ini. Kes yang sentiasa di tangguh sebelum ini termasuk pernah ditetapkan 6 kali bicara dan 2 kali tarikh bicara akhir masih ditunda untuk perbicaraan penuh walaupun dimohon oleh peguambela agar warga emas tersebut dilepaskan tanpa dibebaskan atas alasan membebankan mereka dari sudut umur dan kewangan.
Kedua-dua warga emas tersebut berharap kes mereka dapat selesai segera kerana "asyik tangguh" sahaja dahulu.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..