Saturday, May 29, 2010

Ustaz Penceramah Kena Jaga Nama & Reputasi Saya?


Semenjak membuka firma guaman sendiri dan lepas penjadualan semula dibuat, Uchi Gaban cuba gagahkan diri ke surau dan masjid yang telah menjadi amalan semenjak umur 5 tahun. Tetapi dulu kalau tak mandi sebelum pukul 6.30 petang dan siap untuk ke surau, memang berbirat la jawabnya. Satu pengajaran ayahanda yang kini semakin Uchi Gaban terlupa.

Biarpun kesibukan dengan soal kerja dan silat buat masa amat terhad, kesibukan itu juga dimanipulasikan dengan sebaik mungkin. Walaupun tidak mampu untuk konsisten dengan solat berjemaah di kariah sendiri, jemaah diteruskan di kariah berdekatan dengan latihan gelanggang silat.

Cuma seminggu dua ini, Uchi Gaban merasakan suatu yang pelik pada penampilan sendiri. Seperti biasa, Uchi Gaban mengenakan jubah dan kopiah. Ramai yang memberikan salam dan perkenalan serta hubungan baru dibuat sehari demi sehari. Bagi itu tiada apa yang perlu diragui. Rezeki solat jemaah.

Namun ada 2-3 orang mula memanggil Uchi Gaban sebagai "Ustaz". Uchi Gaban tergelak kecil. Mungkin semata-mata suka mengenakan jubah labuh dan kopiah. Uchi Gaban menerima sebagai motivasi.

Baru-baru ini ada seorang jemaah di Puchong Perdana bertanyakan "tiada aktiviti ke sekarang ustaz?".. Uchi Gaban menjawab selamba sambil senyum. "Buat masa ini tiada apa." Muka dan cara jabatan tangan melihatkan Uchi Gaban bagaimana diri ini dihormati dan kenapa begitu sekali. Uchi Gaban masih mengandaikan persoalan yang dikemukakan mengenai silat.

Perkara yang sama berlaku semasa di surau kariah seksyen 8, Shah Alam. Uchi Gaban menerima sebagai rezeki perkenalan dan rasa hormat atas dasar tertentu. 

Seorang guruku pernah berkata, "dahulukan masjid dalam soal solatmu, urusan lain Allah akan permudahkan."  Kata-kata itu langsung tidak bernas. Tetapi lahirnya kata-kata itu atas dasar ilmu agama dan diperturunkan dalam bentuk mudah.

Semalam imam muda salah satu masjid menegur Uchi Gaban semasa berselisih di foyer masjid tersebut. "ustaz ada kuliah ke malam ni?" .. Uchi Gaban cuma mengatakan tidak sambil menambah bualan kosong kepada imam dan seorang abang karkun yang turut bersama.

Isteri menambah lagi pada malam tersebut, "kakak tu tanya, tu suami ke? bukan ker ini ustaz yang mengajar kuliah agama tu?"

Setahu Uchi Gaban, tiada ustaz iras saya, tetapi kalau diri ini macam Ustaz, terima kasih agar kata-kata itu memberikan rahmat dan doa berpanjangan di mata orang. Cuma harapannya, agar ustaz itu mengekalkan nama baik agar reputasi Uchi Gaban juga tidak terjejas. Maklumlah, pelanduk dua serupo!

4 komen:

Anonymous said...

awak mmg mcm ustaz syeikh pakai kpiah la ke court

SH said...

Dah pakai dah kesana. Cuma jarang pakai masuk court. InsyaAllah!..

dalin said...

ise..aku doakan ko betul2 menjadi ustaz..amin. dan juga syeikh serban merah..

SH said...

Amin...
Agak2 kalau pakai kopiah, fee boleh up ko Diana?

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►