Friday, May 21, 2010

Perbicaraan Kes Tipu Ditangguhkan

Mahkamah Putrajaya menangguhkan perbicaraan kali ke empat kali ini bagi kes tipu bagi memberikan laluan kepada kes yang lebih lama untuk sambung bicara.

Dalam masa yang sama, memandangkan kes ditangguhkan lagi dan memakan masa yang banyak dan akan merugikan masa pihak-pihak, pihak Peguambela akan membuat representasi kepada pihak Peguam Negara memandangkan kes ini melibatkan OKT yang turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang menipu beliau.

Bagaimanapun, kerugian yang ditanggung oleh Pengadu ekoran pemberian wang kepada OKT atas dasar seorang pihak ketiga yang salahnyataan akan membekalkan 15 telefon bimbit kepada Pengadu telahpun dibayar kepada pihak OKT.

Malah pembayaran gantirugi dibuat atas permintaan Pengadu untuk menyelesaikan perkara tersebut diluar Mahkamah memandangkan pihak-pihak sedar yang kesemua mereka telah ditipu oleh pihak ketiga.

Menurut representasi, sekiranya rayuan tersebut tidak diterima beliau berhajat untuk membuat laporan polis terhadap Pengadu yang kini dikatakan bertugas sebagai pegawai polis kerana telah membuat pembayaran gantirugi termasuk lebihan RM500.00 sebagai ugutan untuk tidak meneruskan kes ini dan beberapa yang lain.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►