Tuesday, May 25, 2010

Bapa Muda Dipenjara 7 Tahun Dibawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan


Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun kepada orang pemuda yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak kecil atas kesalahan membunuh tanpa niat tunang beliau.

Rangka tunang beliau ditemui dan setelah dianalisa dengan DNA, baru tulang mayat tersebut dapat dikenal pasti. Beliau yang pada mulanya di dakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan akan dihukum gantung sampai mati.

Bagaimanapun setelah kesemua saksi pendakwaan disoal, beliau ditawarkan kepada seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan telah membuat pengakuan salah.

Peguambela yang telah merujuk kepada beberapa kes terdahulu dan juga beberapa hukuman yang diimplemenkan sebelumnya.

Mahkamah yang berpuashati menjatuhkan hukuman selama 7 tahun daripada tarikh beliau ditangkap.

1 komen:

Anonymous said...

ehem!ehem!

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►