Monday, May 24, 2010

Apa Itu "Ain"? (Pandangan Jahat)


Dalam berdoa, kita sering berdoa mohon dijauhkan daripada satu bala atau perkara tidak elok yang disebut sebagai Ain ataupun pandangan jahat dari sudut istilah bahasa Melayu. Sejauh mana jahatnya pandangan mereka ini.

Uchi Gaban bukan nak berceramah soal agama baikpun bercerita mengenai mana-mana kisah kecuali nak membebel dalam satu perkongsian daripada apa yang diajarkan kepada Uchi Gaban oleh orang-orang tua yang banyak membimbing dalam memahami apa itu Ain dalam menggunapakai dalam hidup.

Rasanya artikel sebelum ini, Uchi Gaban dah bercerita mengenai gelandangan. Maka sekiranya perkataan tersebut timbul di dalam mana-mana bahagian, maka tafsiran sebelum ini adalah terpakai.

Selepas selesai solat asar, seorang pakcik tua menyandar belakangnya ke tiang masjid lama sebuah masjid di selatan tanah air. Sambil menyandar, mulut pakcik tua ini masih kumat kamit. Kagum juga melihat pakcik tua yang tidak sekolah tinggi sebegitu mampu untuk membacakan ayat-ayat Allah sebagai halwa telinga dalam merehatkan badan.

Pengalaman Uchi Gaban pada gelandangan yang lalu, pakcik tua ini mengambil masa 10-15 minit rehat sedemikian sebelum mengangkat diri pulang ke rumah. Seorang lelaki hadir bertanya sesuatu. Drama yang Uchi Gaban lihat dari jauh jarak 2 tiang masjid nampak agak sedih.

Uchi Gaban yang masa itu agak jauh tidak mampu memasang telinga. Atas dasar ingin tahu, Uchi Gaban duduk di birai tangga masjid. Dekat dengan kasut getah pakcik tua itu. Dengan harapan ingin tahu apa yang berlaku.

Selang 30 minit, pakcik tua itu datang duduk di tepi Uchi Gaban. Katanya lelaki itu datang bertanya soal anak beliau. Anak yang pernah diniatkan untuk diberikan kepada orang lain atau dibuang atas dasar yang tidak sepatutnya. Pakcik tua ini bercerita bersekat-sekat tanpa ada persoalan dibuat oleh Uchi Gaban.

Ceritanya, anak itu diberikan kepada sepupunya yang kini (masa itu) jauh berada di Lembah Klang. Itupun setelah dipujuk oleh kaum keluarga beliau agar tidak menyerahkan bayi tersebut kepada mereka yang tidak berkenaan. Kini beliau menyesal. Mohon nasihat selaku orang tua, bagaimana ingin perbetulkannya.

Pakcik tua ini menceritakan bagaimana ia menasihati bahawa pembetulan harus dibuat agar anak itu kelak tidak membenci ibu bapa mahupun keluarga yang lain. Agar tindakan baik ini akan memberikan kesan baik terhadap lelaki tadi baikpun isterinya.

Bagaimana kalau saya malu nak nyatakan kekesalan saya? Ada sekali lelaki itu nyatakan pilihannya.

Kata pakcik tua itu, "kalau cakap terang-terang, nerakalah. Kerana selagi kita melakukan kesalahan dan kesalahan itu secara berterusan. Ditambahkan lagi dengan menjadi cemuhan dan cacian manusia maka inilah yang dikatakan sebagai Ain, Pandangan jahat manusia. Kalaulah perkara itu berterusan selama puluhan tahun tanpa diperbetulkan. Berapa banyak dosa dia dapat. Keberkatan dan rahmat yang hilang atas ain itu.. Apa pun semua itu antara Allah dan mereka. Allah itu Maha Pengampun."

Ini kali pertama Uchi Gaban diterangkan mengenai Ain. Minat pada cerita lelaki tadi hilang dan timbul ingin tahu pandangan pakcik tua ini mengenai Ain.

Dia memberikan contoh; "kan biasanya orang kita dok anuu (cakap), kalau sebut 40 orang/kali lagi, jadi sungguh nanti"

"Itu contoh mudah ain dalam masyarakat kita. Ain ni boleh hilangkan berkat dan rahmat. Kita banyak mengeluh kenapa rezeki susah, itu dan ini. Tetapi kita tidak sedar kekadang perbuatan kita mendatangkan cemuhan dan cacian masyarakat secara berterusan. Maka pandangan masyarakat ini memberikan kesan kepada hidup kita." Katanya sambil menunjukkan contoh kereta yang berekzos kuat dari jalan utama di luar masjid.

Setiap hari balik rumah, Uchi Gaban sentiasa melihat petak-petak parking kereta yang ditanda secara haram tanpa memikirkan hak orang lain juga. Setiap kali itu juga, wajah pudar arwah pakcik tua itu cuba diingatkan. Kata-katanya masih terngiang. Bunyi air kolah sembahyangnya kedengaran.

Katanya, sesekali ingatlah siapa kita.

"Maksudnya?" tanya Uchi Gaban.

Selalulah iktiraf "Allahumma anta Rabbi wa ana abduk"

Al-Fatihah buat semua Guruku..

3 komen:

Unknown said...

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
dalam hadis Musnad Ahmad "Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam". (no: 9668)

oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yg mengkagumkan. sebagaimana saranan al-Quran: "Dan mengapakah tidak apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata: Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah". al-Kahfi ayat 39.

al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis spt kisah Sahl bin Hunaif , dan lain2 iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu.

Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih bukhari dan Muslim.
dan dalam hadis lain "Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa". Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).

Wallahu A'lam

Loyar Lawa said...

oooooohhhh.hehhe

SH said...

exchange link ka loyar lawa.. loyar mana ni

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►