Wednesday, March 3, 2010

Pemuda Dibebaskan Daripada Tuduhan Merompak

Mahkamah Sesyen Klang melepaskan tanpa membebaskan seorang pemuda yang turut tinggal di Klang daripada tuduhan merompak pada 2 tahun lepas di sebuah pasaraya di Klang.

Pemuda tersebut yang direman semenjak 2 tahun lepas kelihatan menangis daripada kandang tertuduh apabila pihak Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak peguambela beliau untuk kes digugurkan apabila saksi gagal hadir bagi pembicaraan.

Antara lain, peguambela menghujahkan bahawa pemuda tersebut telah direman dalam masa yang agak lama sementara menunggu pembicaraan atas dasar gagal dan keluarga tidak mampu menjamin beliau. Selain itu, pembicaraan turut tertangguh apabila saksi gagal di kesan dan dibawa ke Mahkamah yang Mulia menyebabkan prejudis keadilan kepada pemuda tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►