Saturday, March 6, 2010

Merancang Sibuk Dalam Lapang

Buat seketika dalam seminggu dua ini saya agak lapang dengan hanya 2-3 kes seminggu. Semua kes bicara telah ditunda awal atas alasan mempunyai kes-kes lama yang perlu diutamakan. Saya pula dalam beberapa sebab, tidak mempunyai bantahan dalam permintaan tersebut.

Bagaimanapun, dalam kelapangan ini banyak tugasan yang tiada dateline datang mencurah pula. Kerja-kerja urusan silat dan urusan kerja banyak juga. Seperti biasa, tanpa tekanan dateline, kerja agak perlahan. Tapi slow-slow pun berbahaya!

Banyak masa dihabiskan dengan menyiapkan rangka dan precedents bagi beberapa hujahan kes jenayah. Malas sungguh. Ada ketika terfikir juga kalaulah ada subjek kes sama dengan hujahan sebelumnya. Tiada apa jua perubahan major perlu dibuat.

Selain daripada itu, tidak tahu kenapa beberapa kes Mahkamah Rayuan yang kebanyakan kes 39B Akta Dadah Berbahaya mula masuk buat saya sibuk dan kalut tanpa sebab. Sibuk nak mengejar dengan rekod zaman silam mereka dan persediaan di Putrajaya kelak. Tapi semuanya tidak pasti lagi. Ini orang kata kalau kalut lebih.

Kalau tengok pada diari, pergi umrah pun sempat balik tapi kalau fikir balik, banyak dokumen kena kejar. Kastam pun dok minta syer mereka. Maklumlah kekadang syarikat ni saya syer dengan mereka.

Aduh, nampaknya diari sahaja lapang. Aku pun lapang tapi kena berjaga-jaga dengan masa?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►