Khutbah IdilAdha kali ini antara lain yang menarik ialah tidak banyak menyebut mengenai pengorbanan dan rasional mengenai apa berlaku pada Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail tetapi lebih kepada konsep perpaduan bagi menjawab kepada konsep 1 Malaysia serta kekuatan orang Islam sendiri dalam menjalani konsep perpaduan dalam Islam.
Saya tidak pandai untuk mengulas mengenainya tetapi tertarik saya untuk berkongsi antara hadis yang diketengahkan pada pagi tersebut ialah antara lain maksudnya;
Akan datang satu masa yang mana orang kafir akan mengelelingi kamu seperti kamu adalah makanan mereka. Sahabat bertanya; Adakah bilangan umat Islam akan sedikit?. Jawab Baginda SAW; Tidak, bahkan lebih ramai. Allah SWT telah mencabut kehebatan dan kegeruni (dari semua aspek) umat Islam kerana masa tersebut kamu semua lebih takutkan mati dan kecintaan kepada dunia yang had.Sebenarnya saya tidak mahu mengulas panjang sekadar ingin menyentuh beberapa perkara sahaja. Bersahaja saya nyatakan hadis di atas apabila teringat apabila 2-3 sebelum balik cuti Idiladha, seorang rakan ada private message saya;
"tak sangka awak masih aktif silat dan bergerak dalam kelab pulak. Kenapa tak tumpu kepada kerja dan profesional awak yang nampak makin kencang?"
Sebelum itu, ingin saya aminkan agar apa yang saya lakukan dalam kerjaya saya semakin kencang. Kalau perlu ribut taufan dengan ganjaran, saya terima. Jangan ribut dengan masalah sudah.
Jawapan saya kepada rakan saya itu adalah seringkas yang mampu. Saya mohonnya berfikir;
Saya mempunyai pilihan untuk keluar pagi balik petang dalam mencari kepuasan dan ganjaran disebalik kerjaya profesional saya. Saya mempunyai pilihan seperti beberapa rakan lain yang menyertai politik di pelbagai peringkat yang mana kemudiannya setidak-tidak mempunyai peluang kepada ganjaran kewangan dari sudut peluang. Saya mempunyai pilihan untuk lebih bersama keluarga. Saya pilih silat kerana ia tidak memberikan saya peluang melalui politik mahupun melalui organisasi ini. Pendek kata tiada apa yang mampu saya gain daripadanya. Mungkin saya banyak dosa, biarlah lepas mati kelak nama saya masih ada jasanya untuk meneruskan track record yang baik.
Pengorbanan banyak berlaku dalam hidup kita. Teringin juga untuk menuruti jejak rakan. Politik samada kanan dan kiri. Tetapi komitmen di dalam silat membuatkan jadual saya terlalu ketat walaupun amanahnya hanya bersandarkan harus sahaja.
Ini membuatkan kita terpaksa mewujudkan keutamaan dan akan ada kos lepas di dalam membuat pilihan keutamaan tersebut. Saya renung di antara keutamaan dalam antara kepuasan yang memberikan nama baik dan sumbangan kepada kerjaya profesional saya dan silat yang turut memberikan kepuasan dengan kolateral lebam dan seliuh yang sering terjadi. Saya pilih Silat.
Merujuk kepada PM rakan tadi, memang ada orang kata saya bodoh kerana pilihan tersebut agak tidak tepat dibandingkan dengan 2 pilihan yang ada mahupun pilihan yang banyak lagi untuk sibukkan diri. Jika itu maksud tersirat anda, saya tegaskan bahawa anda bukan orang pertama. Harapnya bukan yang terakhir, kerana saya masih perlukannya untuk mengingatkan balik jawapan kepada persoalan kenapa Silat.
Saya amat berharap dengan silat, saya mampu turun ke bawah dalam mendidik disiplin anak Melayu. Saya tidak kawan dengan orang-orang besar. Malah saya pernah dikutuk dan dipandang jijik oleh orang besar PAS di Puchong kerana silat. Katanya; silat tidak ke mana.
Mungkin beliau lupa dan tidak faham yang saya mengajar disiplin dan bukan seperti anggapan biasa orang awam, silat dan taekwondo hanya untuk bergaduh. Bila kad nama saya dihulur, 2-3 orang terkejut. Jijikkah saya yang mempunyai ijazah dan master dalam bidang perundangan dan lesen amalan guaman profesional untuk turun berlumpur bersama anak-anak untuk menerapkan disiplin.
Saya pernah melihat seorang seperti saya berbangsa cina berpakaian ringkas dengan seluar pendek dengan bertenggek di belakang lori. Singgah sana sini untuk mengutip akhbar bagi satu badan kebajikan. Saya ingin menangis rasanya (faktanya tidak) bila saya lihat beliau, kerana saya tahu beliau bukan naik kancil mahupun proton.
Siapa kita nak sombong untuk turun ke bawah?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..