Hari ini Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membebaskan seorang peniaga pasar malam daripada pertuduhan mencederakan seorang wanita dan beberapa ahli keluarganya pada sekitar tahun 2007.
Ekoran daripada pergaduhan yang berlaku pada tahun 2007, peniaga tersebut terpaksa berpindah ke tempat lain ekoran tekanan yang diberikan oleh keluarga mangsa. Bagaimanapun yang menarik sebelum mangsa membuat laporan polis, laporan polis juga dibuat oleh pihak peniaga tersebut mengenai tingkah laku mangsa dan keluarganya.
Apa yang lebih menarik, mangsa menyatakan bahawa pihak mereka dipukul dan diserang oleh peniaga tersebut tetapi pihak peniaga dan anak perempuannya yang dirawat teruk di hospital dan kejadian juga berlaku di rumah pihak peniaga tersebut dan bukan di perkarangan rumah mangsa.
Setelah menetapkan 5 kali tarikh perbicaraan dan saksi iaitu mangsa tidak hadir ke Mahkamah dan mengambilkira faktor laporan perubatan mangsa juga gagal diperolehi oleh pegawai penyiasat walaupun telah diberikan peringatan oleh Mahkamah dan pihak Pendakwaan beberapa kali, maka peniaga tersebut hari ini dibebaskan.
Menarik kan dunia ni?
1 komen:
Diorang nampak happy senyum sampai ke telinga. Loyer dia pulak balik terus lepas kes, tak rock langsung!
Dah baca sila bagi sepatah kata..