Saturday, October 24, 2009

Bicara Ditangguhkan Atas Permohonan Pihak Plaintif

21.10.2009 : Kes yang ditetapkan untuk Bicara pada hari ini ditangguhkan kerana selain dimohon oleh pihak Peguamcara Plaintiff atas beberapa sebab yang dinyatakan awal secara bertulis, kes ini terpaksa dipindahkan kali kedua daripada Mahkamah Sesyen (6) Kota Bharu ke Mahkamah Sesyen (4) Kota Bharu kerana Mahkamah Sesyen (6) kini dihapuskan dan menjadikan kesemuanya hanya 4 mahkamah sesyen di Kota Bharu.

Selain daripada itu, pihak Mahkamah yang Mulia turut mengarahkan beberapa perkara untuk dilakukan seperti pemarkahan dokumen untuk bicara dan senarai isu-isu untuk dibicarakan perlu disenaraikan dan difailkan.

Manakala penyediaan Pernyataan Saksi turut diingatkan selain daripada ingatan Mahkamah yang Mulia bahawa kes akan dijalankan pada tarikh seterusnya.

Plaintif bersedia dengan 2 saksi manakala pihak Defendan bersedia dengan 3 orang saksi.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►